Apa perasaan anda apabila melihat gambar kekasih anda berpelukan dalam keadaan mesra, malah bergesel pipi lagi, dengan orang lain, walaupun sebenarnya mereka tiada apa-apa hubungan istimewa...???
Malaysia bukan barat beb!!! Lagipun anda bukanlah 'orang putih' walaupun anda memang berkulit putih!!!!
Walau semoden manapun kehidupan anda dan corak apapun amalan kehidupan anda..... seharusnya anda tidak berpelukan sebegitu di khalayak, lebih-lebih lagi wanita itu adalah KEKASIH ORANG...!!!
Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi. (Bangang!!! Mau tak terasa hati...peluk rapat kekasih orang!!)
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.
“Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun.
“Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.
“Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun,” jelasnya.
Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.
Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
serius jeles.... jgn ditanya la apa perasaannya
ReplyDelete