Thursday, 23 May 2013

BALU ABUYA DIJANGKA DIDAKWA CUBA AKTIFKAN SEMULA AL-ARQAM...???


PUTRAJAY A: Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Hatijah Aam atau Ummu Jah dijangka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah daerah Gombak, Selangor 22 Nov depan atas pertuduhan memimpin, menyebar dan menghidupkan semula ajaran sesat pertubuhan itu.

Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sharom Maarof berkata kertas siasatan sedang dilengkapkan.
"Apabila siap kelak kita akan terus membuat pendakwaan walaupun sebelum 22 November," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha di sini, hari ini.
Pada 12 Mei lalu, Ummu Jah bersama 75 orang kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) ditahan secara berperingkat oleh JAIS selepas mereka dihantar pulang kerajaan Arab Saudi kerana didakwa mengembangkan ajaran sesat Al-Arqam.
Beliau bersama pengikutnya dilepaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan oleh JAIS dan seterusnya akan didakwa mengikut Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Dalam perkembangan lain, Othman berkata Jakim sudah membuat pertemuan dengan jabatan agama Islam negeri untuk memantau 81 buah rumah amal di bawah syarikat itu yang dipercayai digunakan sebagai salah satu cara mendapatkan dana bagi kegunaan dan pergerakan mereka.
"Hasil pemantauan juga mendapati kebanyakan penghuni rumah ini adalah anak-anak petugas GISB sendiri, dan rumah amal ini dibuka bagi tujuan menyara hidup mereka.
"Bagi menghalalkan anak-anak mereka mendapat bantuan, mereka juga telah menukar makna yatim, kepada yatim ilmu dan amal," katanya.
Othman berkata, mengikut rekod Jakim, sehingga kini terdapat sekitar 5,000 pengikut Al-Arqam bernaung di bawah GISB - Bernama

No comments:

Post a Comment