Friday, 3 May 2013

'AKTOR SPENDA PUTIH' SOKONG CALON PSM DI KOTA DAMANSARA, PENYOKONG PAS MENGAMUK..!!!


Bak  cacing kerawit  kepanasan, PKR  bertindak  menjemput Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa  Ali menyampaikan ceramah bertujuan menyelamatkan tengkuk calon DUN N30 PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim.

Dr. Mohd Nasir ditentang oleh calon PAS, Ridzuan Ismail walhal kedua calon bernaung di bawah payung Pakatan Rakyat.


Maka kira-kira jam 10 malam tadi,  Mustafa mula berceramah. Seperti saya jangkakan sejak  dari  awal,  dia mewar-warkan berita kononnya PR akan berjaya menawan 6 negeri di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum, PRU  ke 13.

"Johor  susah sedikit tetapi  kalau mengikut kaji selidik dijalankan,  Negeri Sembilan bakal jatuh ke tangan PR sebab itu Datuk  Seri  Najib dan  Tan Sri  Muhyiddin gentar," ujarnya.

Jika Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin didakwa gentar oleh Mustafa, pembaca perlu tahu, Dr. Nasir LEBIH  gentar dan goyah. 

Dia BUKAN  Wakil Rakyat harapan rakyat.

"Saya masih ingat lagi, sewaktu penduduk ingin membuka tanah perkuburan baru untuk orang Islam di Kota Damansara, Dr. Nasir seorang daripada mereka membantah. Dia juga bersikap sombong dan angkuh. Inikah calon ingin kita pilih sebagai Wakil Rakyat?,"  soal  Mat Rimau,  nama jolokan penceramah untuk calon Bebas, Halmi Omar.  

"Tidaaaaaaaaaak," teriak audien.

Di pentas ceramah PKR,  Dr. Nasir duduk di sebelah penceramah kedua. Biarpun wajahnya kelihatan agak tenang namun saya percaya jiwanya bergolak. Dr. Mohd Nasir pasti  dapat menjangka, dia bakal kecundang pada PRU ke 13 kelak.

Kurang 5 minit sebelum menamatkan ucapan, Mustafa secara bangga  mengumumkan arahan sekaligus membuat Dr. Mohd Nasir  tersenyum sampai ke telinga.

"PKR telah memenangi kerusi DUN  N39 sebelum ini,  pada PRU ke 12. Jadi calon PKR, Dr. Mohd Nasir harus bertanding di PRU ke 13.  Saya tahu mungkin sebilangan ahli PAS Subang  tidak bersetuju tetapi itu keputusan saya," kata  Mustafa.


Tiba-tiba seorang lelaki dari kiri pentas  mengajukan soalan kepada Mustafa.

"Apakah pendirian PAS berhubung  PSM?"

"Tunggu sekejap?,"  balas Mustafa sebelum meneruskan ceramahnya.

Berikutan tindakan lelaki sama masih menagih jawaban, tiba-tiba dia diherdik oleh penceramah duduk di pentas, tidak mampu menahan kesabaran.

"Kurang ajar!"

"Tidak mengapa,"  celah Mustafa tenang.


Sama  tenang  tatkala  dia menyarungkan  seluar dalam putih di atas katil....kah! kah! kah!

Insiden berlaku di hadapan saya bak adengan drama. Pantas saya bergerak menghampiri pentas utama.


Kira-kira jam    10.58 malan,  kira-kira 30  penyokong PAS   membawa 2 sepanduk  kain  dan bergerak menghampiri pentas.

Berlaku  pertikaman  lidah di antara kumpulan itu dengan individu mengaku penyokong PKR.  Sepatutnya penyokong PKR  tidak  perlu  naik angin. Bukankah selama ini parti terbabit melaung-laungkan hak kebebasan bersuara?

APAKAH YANG TERJADI SETERUSNYA....???

BACA SETERUSNYA DENGAN LEBIH DETAIL BERSERTA GAMBAR-GAMBAR MENARIK BERKAITAN INSIDEN YANG BERLAKU .... DI SINI

Admin tertarik dengan ayat terakhir di artikel tersebut :  I am a blogger and a proud one to report  the truth.  Terbaekkk lahh!!!

No comments:

Post a Comment