Monday, 22 April 2013

ZIONIS MULA MENYELINAP DALAM #PRU13 ..???


Kementerian Kewangan menerima laporan yang boleh dipercayai mengenai terdapat dana asing daripada pelobi Zionis yang cuba mencampuri hal ehwal politik negara ini, yang disalur kepada pihak tertentu untuk membiayai pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut.

 "Ini mungkin disebabkan negara ini memberi sokongan kuat terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak menyenangkan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan secara tunai kepada 566 nelayan di sini..... UtaraNews

No comments:

Post a Comment