Monday, 1 April 2013

SIAPA PROF. EMERITUS DATO DR. ABDUL LATIFF MOHAMAD DI UKM...???



Makin hampir dengan pilihan raya, kita dapat lihat ramai individu tampil 'berkempen' secara tidak langsung kepada pihak yang disokong oleh mereka. Selain golongan artis, para pensyarah juga dilihat tidak mahu ketinggalan untuk memanaskan lagi bahang PRU13.

Gerak kerja 'kempen halus' ini pula bukan melalui ceramah-ceramah di pentas parti politik tertentu. Sebaliknya golongan ini hanya menggunakan platform media sosial bagi mempengaruhi para pengikut atau pelajar di bawah jagaannya.


Inilah yang dilakukan oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff di laman facebook miliknya, berdasarkan kiriman emel yang dihantar oleh mahasiswa UKM sendiri menyatakan hampir setiap hari Prof. Dr. Abdul Latiff bersikap kritikal terhadap apa jua cadangan dan keputusan yang diambil oleh kerajaan malah ia juga sinis menyindir pemimpin kerajaan seperti PM.

Petikan email yang dihantar :
"bro YY,
Saya adalah mahasiswa yang menuntut di UKM, saya mohon bro meneliti beberapa komen yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff di laman facebooknya. Prof Abdul Latiff begitu kritikal terhadap kerajaan. Sikap begini tidak disenangi oleh mahasiswa malah kakitangan yang lain. Saya juga lihat tindakan Prof. Abdul Latiff mungkin boleh menimbulkan persepsi serta sentimen membenci kerajaan di kalangan mahasiswa. Saya harap bro teliti beberapa screen shot yang saya hantar.."
Lalu saya meneliti beberapa skrin shot yang dikirimkan kepada saya, berdasarkan pemerhatian saya jelas Prof. Abdul Latiff ini seorang kakitangan kerajaan yang bersikap kritikal, namun dia bijak menyusun ayat-ayat di facebooknya supaya ia tidak dilihat ketara menyebelahi parti politik tertentu.


Mungkin ini belum jelas untuk kita membuktikan sikap anti kerajaan oleh pegawai kerajaan yang dilantik secara kontrak ini, tetapi paparan di bawah mungkin jelas untuk menggambarkan pegangan politik beliau :



Dan status terbaru Prof. Dr. Abdul Latiff berhubung artikel pendedahan NST hari ini, di mana beliau kononnya terkejut keraja NST menyiarkan artikel negatif mengenai negeri Kelantan.

Hahaha...

Ini paling kelakar, apabila seorang yang bergelar Prof. Emeritus terkejut membaca artikel NST kononnya menyiarkan artikel negatif sesama muslim. Baginya isu yang didedahkan NST hari ini berlaku di mana-mana.

Mari kita bercakap dari skop yang lebih besar, soalan saya kenapa hanya NST yang difokuskan oleh Prof. Emeritus Abdul Latiff Mohamad?

Jika artikel NST yang disertakan bukti video itu 'mengejutkan' Prof. Abdul Latiff, saya sarankan agar Prof. Abdul Latiff tutup mata melihat artikel yang disiarkan akhbar keluaran parti Islam PAS di bawah kerana dibimbangi Prof. Abdul Latiff diserang sakit jantung!


Prof. Abdul Latif tidak terkejut melihat Harakah akhbar keluaran parti 'Islam' cap ayam PAS menjadi penyambung kepada kisah aib Anwar Ibrahim seperti di bawah?

Mungkin Dr. Abdul Latiff perlu tambah 'power' kaca mata yang dipakai olehnya...

Hak Prof. Emiritus Dato Dr. Latiff untuk meluahkan pandangan atau menyindir pemimpin kerajaan di laman facebooknya, dia juga berhak untuk menyokong mana-mana parti politik.

Tetapi jangan lupa hak saya juga untuk mendedahkan sikap buruk kakitangan kerajaan yang cuba mempengaruhi golongan mahasiswa untuk membenci kerajaan.

Adil bukan...?

KREDIT TO : Double Y

No comments:

Post a Comment