Wednesday, 3 April 2013

SAKSI KES KHALWAT SAIPUL BAHARIN KATA OTAK NIK AZIZ TAK SIHAT...!!!




“Saya bersedia kerana saya adalah saksinya, saya ada bukti…kalau mereka nak saman, saya terima dan saya cabar Nik Aziz dan Saipul Baharin tolong saman saya kerana saya sudah bersedia masuk mahkamah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)”. 




Demikian tegas Ustaz Saidi Hussin yang disebut bakal berhadapan saman Adun Selising, Saipul Bahrin Mohamad yang mendakwa difitnah berkhalwat dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP) semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat. 

Sambil menegaskan langsung tidak gentar dengan ugutan saman itu, Ustaz Saidi sebaliknya meminta pemeriksaan DNA dilakukan terhadap anak kedua bongsu kepada wanita dikenali sebagai Kak Na yang ditemui berkhalwat dengan Saipul Bahrin.

“Di Pasir Puteh sendiri, semua orang tahu kes khalwat Saipul Bahrin dan apa istimewanya beliau hingga diisytiharkan oleh Nik Aziz sebagai calon pertama bertanding dalam PRU-13. 

“Jika sekiranya Saipul Bahrin tidak dicalonkan, maka bermakna benarlah dakwaan kes khalwat itu berlaku antara pemimpin PAS itu dengan isteri orang… itu sebab dia wajib bertanding PRU-13 sebagai bukti dirinya tidak bersalah,” katanya dalam satu temubual eksklusif di Kuala Lumpur, hari ini. 

Menurut Ustaz Saidi, pihak polis juga perlu menyiasat kes berkenaan dengan memanggil beberapa saksi termasuklah Haji Fauzi DAG 67, Azhar Kerbau dan tok bilal Kampung Golok dalam DUN Semarak. 

Sementara itu, Ustaz Saidi menegaskan otak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini. 

Isu kafir mengkafirkan UMNO hingga mewujudkan perceraian suami isteri jelas membuktikan PAS menggunakan fahaman yang salah dan keterlaluan hingga sanggup melabelkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama seperti haiwan dan wang itu haram digunakan.



“Sejak perintah Kelantan dari 1985, isu kafir mengkafir UMNO sering ditimbulkan dan sebagai ulamak, dia kena tegas dalam bab hukum hakam.
“Saya minta rakyat khususnya umat Islam jangan sokong PAS, PKR dan DAP kerana haram menyokong pakatan ini, sebaliknya kita wajib menyokong UMNO dan BN,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, PAS Kelantan begitu lantang menafikan kononnya Adun Selising melakukan perbuatan zina malah dengan lantang juga mereka menyebut akan mengemukakan saman terhadap Ustaz Saidi kerana didakwa menfitnah Saipul Bahrin.
Ustaz Saidi berhak di sisi undang-undang untuk memohon perintah mahkamah bagi mengeluarkan sepina saksi ke atas mereka yang dikatakan ada bersama ketika kejadian iaitu Azhar Kerbau, Haji Fauzi DAG 67, Azmi, suami wanita tersebut (Cikgu Daud) dan wanita berkenaan (Kak Na).
Memandangkan cabaran sudah dibuat, kita lihat nanti sama ada Saipul Bahrin akan bertindak menyaman Ustaz Saidi, sekaligus membongkar segala fitnah yang didakwa oleh pemimpin PAS berkenaan.
Ustaz Saidi adalah salah seorang saksi mata yang terbabit dalam kes yang membabitkan Adun Selisin yang ditangkap berkhalwat dalam koc keretapi dan bertindak mencabar kepimpinan PAS Kelantan, terutamanya Nik Aziz untuk menafikan perkara itu.
Disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Nik Aziz, Ustaz Saidi mengambil keputusan keluar daripada PAS apabila Mursyidul Am PAS itu mengatakan “Allah Dah Ampunkan Dosa Adun Selising”.

No comments:

Post a Comment