KUANTAN 8 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu mengemukakan bukti serta fakta, bukan setakat membuat tohmahan bahawa program-program berkaitan Islam yang dilaksanakan UMNO tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Manap berkata, sebagai seorang yang bergelar tok guru, Nik Abdul Aziz tidak seharusnya membuat tuduhan melulu.
"Adakah apa yang ditunjukkan Nik Abdul Aziz itu memperlihatkan sikap seorang yang bergelar tok guru mahupun ulama.
"Janganlah kita menggunakan Islam demi kepentingan politik. Kalau ini digunakan, ia memperlihatkan keadaan sebenar sama ada Nik Abdul Aziz ini merupakan seorang ulama atau pun tidak," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini, malam ini.
Nik Abdul Aziz semalam mendakwa UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.
Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
Abdul Wahid berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz seharusnya tahu peraturan projek yang dilaksanakan kerajaan sama ada dilaksanakan secara tender terbuka mahupun tertutup dan tidak pernah sebarang projek itu diberikan secara percuma.
"Kita juga mahu Nik Abdul Aziz jelaskan bagaimana kerajaan Pas Kelantan boleh beri lebih 4,000 hektar tanah kepada dua pemimpin DAP yang mana perkara itu tidak diuar-uarkan.
"Persoalannya, tanah itu untuk apa? Sedangkan rakyat Kelantan sendiri terlalu berkehendakkan tanah dan kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya beri kepada DAP," katanya
Nik Aziz,
ReplyDeleteSolat orang UMNO tak dapat pahala kerana tolak Islam, kau kata..
Aku nak tanya kau:
Solat orang PKR dapat pahala tak? PKR tu tarik Islam ker?