Tuesday, 2 April 2013

GEMPAR !!! PENYANYI DAN KOMPOSER KANTOI DENGAN SKMM


Penyanyi lagu Reformasi, Yasin Sulaiman dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan temu bualnya bersama Radio Free Malaysia (RFM).

Ditemani Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, kenyataan Yasin dirakam pegawai SKMM, Iqbal Ikhwandi Mat Zin di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur petang semalam bagi membantu siasatan terhadap RFM berikutan radio itu tiada lesen.

Kata Shamsul, kehadiran Yasin hanya sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap stesen radio berkenaan.

Pada 25 Mac lalu, RFM menemu bual Yasin yang juga Duta AMK mengenai lagu Reformasi yang dijadikan lagu kempen AMK di seluruh negara.

Yasin ditemu ramah secara telefon oleh radio berpangkalan di London tanpa mengesyaki radio berkenaan menghadapi masalah seperti yang didakwa SKMM.

“Saya tak tahu RFM ada masalah dengan kerajaan. Empat hari lalu, mereka bertanya saya mengenai lagu Reformasi dan harapan saya tentang Malaysia,” katanya.

Yasin dan Shamsul sependapat, kebebasan media mesti diberi kepada pengamal media bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat, bukannya menyekatnya melalui undang-undang.

No comments:

Post a Comment