Monday, 15 April 2013

EMMA MAEMBONG TIDAK PERNAH KE SEKOLAH...???

Emma Maembong

“Saya tidak ke sekolah sebaliknya hanya menghadiri home school, belajar di rumah” itulah yang diberitahu oleh Emma Maembong, 21, apabila diminta menjelaskan isu berkaitan dia hanya belajar sehingga tingkatan dua.

Menurut Emma, dia tidak pergi ke sekolah kerana mahu menjaga adik lelaki yang tidak boleh berjalan dan hanya meminati bidang lukisan untuk meneruskan legasi ayahnya yang juga seorang pelukis.
“Saya tidak menduduki peperiksaan SPM kerana mahu belajar melukis dengan ayah, mahu ikut jejak ayah”
Emma turut akui bahawa dia hanya belajar sehingga tingkatan dua dan sekarang sibuk dengan bidang lakonan yang baru diceburinya.
Ujar Emma lagi, jika diberikan peluang untuk sambung belajar kembali dia mahu fokus dengan bidang lukisan sahaja.
Tanpa berselindung, Emma Maembong turut mengakui bahawa dua lagi adiknya iaitu Cha Cha Maembong yang turut sama berlakon dan adik lelakinya yang tidak boleh berjalan semuanya hanya belajar di rumah.
“Adik saya kesemuanya home school, dan tahun ini Cha Cha berusia 17 tahun dan dia turut sama tidak mahu mengambil SPM untuk menjadi seperti ayah.”

No comments:

Post a Comment