Saturday, 27 April 2013

DR. CHANDRA TIDAK TAHAN DENGAN TABIAT HOMOSEKSUAL ANWAR


KUALA LUMPUR 26 April – Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2001 adalah kerana kecewa dengan tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Dedahnya, walaupun pernah bangkit mempertahankan Anwar atas dakwaan liwat kali pertama pada 1997 tetapi, kepercayaan beliau lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan bahawa pihak Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.

“Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana pihak perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar seorang homoseksual,” katanya. -UMO

1 comment:

  1. SAHABAT2..MARI TGK VIDEO DI YOUTUBE..... 'NEW ORDER - TANGAN ASING HANCURKAN MALAYSIA'

    ReplyDelete