Wednesday, 10 April 2013

AZZAM : KAPAL LAYAR TERBESAR DI DUNIA MILIK KERABAT RAJA ARAB

Ini ialah Azzam,  yang kini secara rasminya menjadi kapal layar terbesar di dunia. Ianya sepanjang 180 meter dan berjaya memintas rekod yang dipegang kapal layar Eclipse kepunyaan Roman Abrahamovich yang hanya sepanjang 165.2 meter.


Azzam dikatakan dimiliki seorang kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu. Kos pembinaannya adalah sekitar USD 627.4 Juta (RM 1.9 Billion) 


Azzam kini sedang dalam proses penyiapan ruangan dalaman dan akan menjalani ujian laut dalam masa beberapa minggu terdekat.


Sebagai orang Islam kita harus bersyukur kapal layar terbesar di dunia kini kembali semula ke tangan orang Islam dan bukan seorang Yahudi Russia.



Sebelum kehadiran Eclipse, Dubai milik Sheikh Al Makhtoum adalah kapal layar terbesar dunia. Mari kita bersyukur kehadrat ilahi kerana martabat orang Islam sebagai juara wira dunia kemewahan dapat dikembalikan. #Sarcasm



No comments:

Post a Comment