Monday, 1 April 2013

'APRIL FOOL' DARI GOOGLE MAHU TUTUP YOUTUBE....


SAN FRANCISCO – Google Inc, memulakan tradisi setiap tahun iaitu hari olok-olok atau dikenali sebagai ‘April fool ‘, dengan mengeluarkan klip video pada hari Ahad yang mengisytiharkan bahawa laman web video paling popular di dunia itu akan ditutup pada tengah malam.
swaw

Video durasi tiga minit itu bertujuan memberi kejutan – menayangkan klip montaj dan cameos yang disebarkan secara berantai dan dipersembahkan oleh artis terkenal seperti David Devore yeng terkenal melalui “David after the dentist” – menerangkan bagaimana laman web itu akan mengarahkan sebahagian daripada 30,000 orang jurutekniknya mula malakukan pencarian melalui 150,000 klip video, untuk memilih video terbaik di dunia.
Pemenang akan mendapat wang saku sebanyak $ 500, klip pada pemain MP3 – dan menjadi video tunggal yang akan dipaparkan di YouTube apabila laman web itu dilancarkan semula pada 2023.
“Gaya Gangnam mempunyai peluang yang sama untuk menang sepeti video seorang lelaki yang memberi makan roti kepada itik yang mempunyai 40 penonton sahaja “ ujar CEO Youtube, Salar Kamangar, merujuk kepada kejutan dari artis pop sensasi Korea, PSY yang kini merupakan video yang paling banyak ditonton di laman web itu.
Video melalui google juga diperkuatkan dengan ruangan bagi perbincangan komen antara penonton-penonton, yang hangat membahaskan segala-galanya aspek dari Citizen Kane sehingga kepada “epick skateboard fail “. Walaupun terdapat beberapa penonton YouTube muncul memberi komen secara bergurau, manakala yang lain menunjukkan kesedihan dan penyesalan terhadap komen yang dilemparkan. – Reuters

No comments:

Post a Comment