Saturday, 16 March 2013

SEBENARNYA.....AGBIMUDDIN TIDAK PERNAH BERADA DI SABAH..???


TIPU muslihat Raja Muda Agbimuddin dan keluarganya, kononnya Agbimuddin mengetuai pendudukan Kg Tanduo pada malam 12 Februari.

Sebenarnya Agbimuddin tidak pernah berada di Sabah semasa kejadian itu. Muslihat Agbimuddin adalah untuk memalukan pasukan keselamatan, kerana walaupun dikepung berlapis-lapis dari semua jajaran laut dan darat, akhirnya dia mudah sahaja meloloskan diri.

Sebenarnya, sejak penerobohan Kg Tanduo, tiada sesiapa yang memberi maklumat berhubung kehadiran Agbimuddin. Apa yang ada, adalah dakwaan berbagai pihak terutama abangnya Jamalul Kiram III, bahawa penerobohan itu diketuai oleh adiknya.

Para pengikut Agbimuddin mungkin percaya, bahawa Agbimuddin bersama mereka, atas sebab itu, para pengikutnya, enggan berundur apatah lagi menyerah diri.

Rupanya, semua pengikut Agbimuddin tertipu dan 61 orang mati katak.

Sebelum ini, AYT pernah menulis, bahawa dakwaan Agbimuddin mengetuai penerobohan Kg Tanduo hanya satu rekaan pihak musuh, yang juga berjaya memerangkap Jamalul Kiram III.

Pada awal kejadian, Jamalul Kiram III agak teragak-agak apabila ditanya pengelibatan adiknya dalam penerobohan Lahad Datu, namun kemudian mengakuinya.

Kini telah jelas, Agbimuddin yang diburu, sebenarnya tidak berada di lokasi pertempuran, tidakpun berada di Kg Tanduo sejak awal.

Masalahnya, disebabkan nama-nama yang terlibat penerobohan Lahad Datu kurang dikenal atau diketahui, maka adalah sukar bagi sesiapa untuk mengesahkannya.

AYT yakin, bahagian perisikan kitapun tidak mengenal siapa Agbimuddin. Nama Agbimuddin hanya muncul selepas namanya dikaitkan dengan pencerbohan Lahad Datu.

Benarlah sangkaan AYT, bahawa kejadian Lahad Datu, adalah satu perancangan pihak tertentu untuk menghuru harakan negara dengan cara kekerasan. Pengganas yang datang yang dikatakan sebagai Tentera Sulu, sebenarnya tentera upahan pihak tertentu untuk mencapai matalamat mereka.

Kita jangan terperangkap mainan musuh. Jurucakap Jamalul Kiram III- Abraham Idjirani berkata bagi mengulas kenyataan LAT bahawa Agbimuddin sudah pulang ke Filipina, bahawa dia telah berhubung dengan adik Jamalul Kiram III itu pada pukul 2 petang Jumaat, dan mengatakan ketua pengganas itu masih di Sabah - sumber

No comments:

Post a Comment