Sunday, 24 March 2013

SAYA BUKAN PAPAGOMO, PENGUNDI HANTU - WAN AZRI

alt

KUALA LUMPUR 23 Mac - Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris yang dituduh sebagai pengundi hantu menyelar dakwaan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan beliau tidak pernah mendaftar sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -12 sebelum ini.

Menurut Azri yang merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd, beliau juga terkejut dengan dakwaaan Rafizi itu kerana tahun ini merupakan kali pertama beliau membuang undi.

"Pengundi hantu macam mana sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU 12 saya belum ada kesedaran untuk mengundi."

"Sekarang saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.

Tambahnya lagi, dakwaan pihak pembangkang yang mengaitkan dirinya sebagai Papa Gomo juga tidak benar.

"Saya nak maklum bahawa nama saya Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris kad pengenalan 8301210350** adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd. "

"Dan saya tegaskan disini saya bukan Papa Gomo blogger yang didakwa oleh pembangkang," ujarnya.

Jelas Azri, dakwaan pihak pembangkang yang mendakwa dirinya pengundi hantu bermakna kemenangan wakil PKR, Azmin Ali di kerusi Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa serta Choo Keong dari Parlimen Wangsa Maju pada 2008 adalah tidak sah.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya terdapat agenda jahat dari pihak pembangkang yang cuba memburukkan imejnya dengan meletakkan ejen mereka di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya tidak pelik jika ada ejen pembangkang di dalam kakitangan kerajaan kerana sudah banyak kali kita dijamukan dengan adegan pembangkang dengan mendedahkan itu dan ini dari pihak kerajaan melalui agen-agen mereka," katanya lagi.

Tambah beliau, Rafizi sebelum ini pernah didakwa mengikut Akta Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) kerana menggunakan ejennya yang merupakan orang di dalam bank bagi mendedahkan maklumat mengenai National Feedlot Corporation (NFC).


No comments:

Post a Comment