Tuesday, 19 March 2013

PENJELASAN : ISLAM MENGHARAMKAN ORANG ISLAM MENJADI PEMBANGKANG DI DALAM NEGARA ISLAM


KAMI MEMPERSILAKAN mana-mana pihak dari kalangan orang yang beragama Islam yang begitu taksub dengan parti politik pembangkang seperti PAS, PKR di negara Islam seperti MALAYSIA sekarang ini yang mampu menangkis segala apa yang yang telah dibuktikan melalui Al-Quran, Hadis-hadis Sahih, Ijma’ para ulama’ terdahulu dan sejarah para khalifah Islam darihal adab dan ketaatan terhadap Ulil amri (Pemerintah).


Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah: 111, “…Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

SEBELUM INI terdapat balasan sebuah blog penyokong pembangkang, Al-Bakistani, di mana diperturunkan hujah seperti berikut:

Kebencian itu ditambahi lagi, dengan dinyatakan oleh Allah, bahawa orang zalim tidak layak menjadi pemimpin dikalangan orang beriman.

Firman Allah yang maksudnya, “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “(Dan saya mohon juga) dari keturunanku”. Allah berfirman: “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.”"

Maka jika dianalisa dengan penafsiran teliti yang dibuat oleh Al-Bakistani terhadap ayat tersebut, maka jelaslah bahawa kerajaan hari ini adalah TIDAK ZALIM kerana telah terbukti ‘DIPILIH’ oleh ALLAH SWTuntuk menerajui NEGARA ISLAM MALAYSIA sejak tahun 1957 lagi.

Nampaknya, seluruh rakyat telah hampir untuk menemui kebenaran yang pasti. Mungkin kita boleh memberikan mereka soalan yang lebih mudah. Seandainya seorang pemerintah memerintahkan rakyatnya agar tidak turun berdemonstrasi kerana boleh menggugat keselamatan awam dan negara, wajarkah kita perlu akur dengan perintah tersebut? Pihak berkuasa keselamatan atas arahan pemerintah negara telah menjelaskan kepada kita tentang PENGHARAMAN jika engkar dengan perintah tersebut? Apa akan jadi jika kita terus berdegil?
ALLAH SWT. telah pun mengingatkan kita, 

“ Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisa’: 111).

Persoalan Melantik Pemimpin, Berhizbi (Parti), Memberontak, Berkomplot Dan Berkonspirasi

SYARA’ tidak menghalalkan adanya dua parti dan dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis yang sahih:

“Apabila dilantik dua orang khalifah (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka "bunuh"lah orang yang terakhir antara keduanya (pelantikan yang kedua)” (Hadis Riwayat Muslim 3/1480 dan Ahmad 3/95).‘Khalifah’ yang dimaksudkan oleh hadis-hadis seperti ini ialah pemimpin atau ketua negara.

“Sesiapa telah mengangkat (telah bersetuju melantik) seorang pemimpin kemudian memberikan huluran tangannya dan buah hatinya (sebagai tanda persetujuan), maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir (penentang), aku (Abdul Rahman bin Abdul Rabbi’l Kabah) bertanya: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Ia (Abdullah bin Amr) menjawab: Aku mendengar (hadis ini) dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku” (Hadis Riwayat Muslim 3/1472, Abu Daud 4/97 dan Ibn Majah 2/1306).
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., 

                                            
“Barangsiapa yang memilih seorang untuk menguruskan urusan kaum muslimin, lalu mengangkat orang tersebut (sebagai pemimpin) kemudiannya dia mengangkat (pula) orang lain yang lebih layak dan sesuai daripada orang yang telah diangkatnya, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya”.
Tidak Amanah Dan Khianat
Menghalalkan membalas pengkhianatan pemerintah dengan berkhianat menjatuhkannya. Maka perbuatan seperti ini ditegah oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabda baginda, “Sempurnakan amanah kepada orang yang memberi amanah kepada kamu, dan janganlah berkhianat kepada orang yang mengkhianatimu” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Hanya Allah Azza wa-Jalla penentu perkara-perkara yang berkaitan dengan ketaatan. Setiap rakyat diwajibkan mendengar dan taat kepada pemerintah. Rakyat tidak perlu menyibukkan dirinya mencampuri hal-hal pemerintahan yang bukan menjadi tanggungjawabnya sekiranya boleh menimbulkan kekeruhan, perpecahan atau kebencian rakyat terhadap pemerintah. Pemerintah pula wajib memikul tanggungjawabnya sebagai amanah daripada Allah. Pemerintah mendapat ganjaran di atas segala kebaikan dan amanah yang ditunaikan. Namun ia tidak akan terlepas dari balasan Allah jika ia melakukan kezaliman atau tidak melaksanakan amanahnya kepada rakyat. Sebagaimana keterangan dari hadis sahih di bawah ini:

“Dengarlah dan taatilah (pemimpin yang beragama Islam). Diwajibkan ke atas kamu bersikap terang-terang dan berhati-hatilah kamu dari konspirasi (terhadap pemimpin)” (Hadis Riwayat Ibn Abi ‘Asim, disahihkan oleh Al-Albani dalam Ad-Dhilal).

                                            

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Nabi Muhammad memerintahkan kita mentaati pemimpin yang ada dan telah diakui kekuasanan dan kedaulatannya untuk mengatur rakyat. Tidak menyuruh kita untuk mentaati pemimpin yang tidak jelas dan tidak diketahui keadaannya, juga tidak mempunyai kekuasaan dan kemampuan sedikitpun” (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah 1/115, cetakan Rasyad Salim).
Persoalan Hizbi (Berparti)
Islam tidak menghalalkan orang-orang Islam berhizib-hizib (berparti-parti) dalam sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin Islam. Kerana selain ia perbuatan golongan Khawarij dan Mu’tazilah, ia juga merupakan golongan fanatik kelompok yang telah dijelaskan oleh Al-Quran yang bermaksud,

“Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.” (Surah Al-Mukminun: 53).

Antara kriteria pemimpin atau penguasa Islam yang digariskan oleh hadis-hadis sahih ialah ia masih bersolat, sama ada pemimpin itu baik atau jahat. Wujudnya beberapa parti di sebuah negara Islam sehingga menentang pemimpin yang telah dilantik secara sah, maka parti-parti (hizib-hizib) tersebut telah menjadi penyebab terjadinya perbalahan dan perpecahan. Perpecahan di kalangan umat Islam telah DIHARAMKAN oleh syara’ kerana akan mengembangkan lagi beberapa golongan dan Jamaah. Larangan ini terdapat di dalam Al-Quran dan hadis-hadis sahih:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali Imran: 103).


                                                 


Syara’ MENGHARAMKAN pemberontakan, pertumpahan darah, menentang, memfitnah, demonstrasi, reformasi dan revolusi yang bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah (pemimpin) muslim kerana perbuatan tersebut akan menjadikan umat berpuak-puak (berpecah), porak-peranda dan lemah. Semuanya itu akan berlaku kerana adanya berbagai-bagai parti. Sedangkan umat Islam adalah umat yang diwajibkan agar bersatu, mempertahankan keutuhan pemerintah yang sah dan memelihara kesatuan ummah.

Firman Allah s.w.t., “Sesungguhnya inilah umatmu; umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Daku” (Surah Al-Anbia: 92).

“Dan sesungguhnya inilah umatmu; umat yang satu, dan Akulah Tuhanmu, maka bertaqwalah kamu kepada-Ku” (Surah Al-Mukmin: 52).

Untuk memelihara kesatuan dan perpaduan Islam, setiap mukmin wajib mentaati pemimpin Islam selagi pemimpin itu bersolat. Inilah sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap pemerintahnya.

 Dari Miqdad bin al-Aswad berkata, “Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sesungguhnya kebahagiaan (adalah bagi) orang yang menjauhi fitnah dan (bagi) orang yang mendapat ujian kemudian ia bersabar. Ini amat mengkagumkan” (Hadis Riwayat Abu Daud, menurut Al-Albani).

Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Ketahuilah! Sesiapa yang diperintah oleh seorang pemimpin kemudian dia mendapati pemimpinnya bermaksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci kemaksiatannya kepada Allah (yang dikerjakannya) tetapi tidak dihalalkan melepaskan tangan dari mentaatinya (tidak boleh membenci dan tidak boleh memberontak terhadapnya)” (Hadis Riwayat Muslim).

                                               

Telah berkata Ibn Hajar rahimahullah tentang ijma’ ulama dalam masalah ketaatan kepada pemimpin,“Para fuqaha sepakat tentang wajibnya taat setia kepada penguasa yang berkuasa dan berjihad di bawah panji-panjinya. Taat setia itu lebih baik daripada menentang (memberontak) kepada pemimpin kerana di dalam pemberontakan akan terjadi pertumpahan darah” (Fathul Bari 13/7).

Untuk memelihara ketaatan dan keutuhan pemerintah, maka DIHARAMKAN melakukan perkara-perkara seperti yang disebut di dalam hadis di bawah ini :-

“Janganlah kamu mencerca (maki hamun) para pemimpin kamu, janganlah kamu dengki (berkhianat) terhadap mereka dan janganlah membuat mereka marah, bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah (terhadap pemimpin), sesungguhnya perkara ini adalah dekat (hanya sementara)” (As-Sunnah (2/499), Ibn Abi ‘Asim).

“Pemimpin (yang beragama Islam) adalah naungan Allah di muka bumi, sesiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinakan dia (yang menghina pemimpin Islam) dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia”
Perihal Membangkang, Menentang Dan Memberontak
Umat Islam wajib mengenal musuh-musuh mereka terutamanya golongan seperti Khawarij agar dapat menjauhkan dan melepaskan diri dari perangkap mereka. Khawarij mudah berselindung melalui pelbagai jenama jamaah atau menunggangi parti seperti diberinya nama sebagai Parti Islam, Parti Iman, Parti Ikhwan Muslimin dan sebagainya.

                                                   

Khawarij adalah golongan mubtadi. Buktinya ialah mereka aktif menghasut rakyat menjatuhkan pemimpin Islam. Mereka tahu bahawa perpaduan terletak pada keteguhan pemerintah dan perasaan cinta rakyat kepadanya. Oleh itu, golongan Khawarij memfitnah pemimpin dan menyeru masyarakat menghancurkan pemerintahan agar perpaduan ummah hancur berkecai.

Khawarij suka mencari-cari kesalahan pemimpin. Jika tidak ditemui, mereka mula mengada-adakan isu menyalahkan pemimpin serta orang-orang yang bersamanya. Cara mereka melakukan kerja-kerja haram ini ialah dengan memburuk-burukkan kerajaan Islam, menghina dan memalukan pemimpin serta rakyat yang menyokongnya.

Khawarij menggunakan berbagai-bagai cara dan perantara untuk mengajak rakyat membelot. Inilah perbuatan HARAM yang ditegah oleh ulama’ salaf. Al-Imam Abu Jafar At-Tahawi rahimahullah berkata,

“Tidak boleh keluar (membelot) dari para pemimpin Islam serta pertanggungjawaban urusan kita (penguasa Islam), sekalipun mereka itu aniaya. Kita tidak boleh mendoakan keburukan bagi pemimpin dan tidak boleh juga mencabut tangan dari ketaatan kepada mereka. Kita menganggap taat kepada penguasa muslim adalah juga ketaatan kepada Allah yang memang diwajibkan atas kita kecuali mereka memerintahkan kemaksiatan. Kita juga mendoakan mereka dengan kebaikan dan kesejahteraan.” (Al-Aqidah Ath-Thahawiyah, Hlm. 73, Pengulas – As-Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Edisi terjemahan, Cetakan pertama 2001, Jahabersa).

                                               
Tanda-Tanda Atau Ciri-Ciri Khawarij
Sifat Khawarij yang paling keji ialah mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama kelompoknya. Khawarij gemar mencabar secara egois, emosional dan menyerang pemerintah (kerajaan) Islam serta penyokongnya dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis lemah dan palsu serta memberi fatwa yang keliru untuk mengaburi fikiran masyarakat. Mereka pakar memutar-belit, mentakwil, merubah maksud atau menyelewengkan tafsiran Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka demi mencapai matlamat iaitu untuk memenuhi kepentingan golongan mereka.

                                                        

Mungkin mereka tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka yang buruk dan keji itu telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w., “Adapun sesudah itu: Sesungguhnya kamu akan melihat sikap (ahli bid’ah) yang suka menyalahkan orang lain, maka bersabarlah sampai kamu berjumpa dengan aku.” (Hadis sahih dalam As-Sunan Ibn Abi ‘Asim. No. 1102).

Khawarij mudah menimbulkan kekecohan, malah suka kepada pemberontakan. Ingatlah! Pemberontakan terhadap pemimpin Islam adalah ditegah oleh para Salaf as-Soleh. Abu Al-Haris Ahmad bin Muhammad As-Saigh berkata, “Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hambal) mengingkari memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: Aku tidak menyetujui pertumpahan darah (pemberontakan) dan tidak memerintahkannya.” (As-Sunnah, hlm. 89. Hadis Riwayat Abu Bakar Al-Khallal dengan sanadnya yang sahih).

Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah pula berkata, Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka.” (Zahiratu Tabdi wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, Bab 7).

Atas dasar inilah golongan Khawarij menghukum kafir bagi pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud. Menurut fahaman mereka, tidak berhukum dengan hukum Allah adalah dosa besar, berdosa besar kekal dalam neraka. Oleh kerana yang demikian, dianggap kafir oleh golongan ini sesiapa saja yang berdosa besar. Dan Khawarij menghalalkan pemberontakan terhadap penguasa yang melakukan dosa besar.
Berkomplot Dan Berkonspirasi
Pendirian Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf As-Soleh, mereka menyeru sekalian umat supaya saling mencintai saudaranya seagama; tidak dipertikai siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya seagama, senegara dan para pemimpinnya. Menasihati para pemimpin jika didapati silap kerana kebaikan pemimpin memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Agama itu adalah nasihat, kami berkata: Bagi siapa wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin, kaum muslimin dan orang-orang awam.” (Hadis Riwayat Muslim, beliau menyendiri dalam lafaz hadis ini. Hadis dari Tamim Ad-Dari).

Melalui hadis ini dapat difahami bahawa menasihati pemimpin itu amat dituntut, namun Ahli Bid’ah pula sebaliknya. Mereka bersifat dan bercirikan penderhaka kepada negara. Berkomplot untuk menumbangkan kerajaan Islam. Mengikis rasa cinta dan persaudaraan seagama. Mengkafirkan saudara-saudaranya seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut ideologi alirannya. Dan berusaha dengan berbagai cara supaya rakyat membenci pemimpin Islam.

                                                              
Ahli Bid’ah dari kalangan Khawarij mudah bertopengkan ibadah untuk mempengaruhi hati rakyat, bersolat hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran, kemusnahan atau kejatuhan ke atas pemerintah Islam dengan beralasan bahawa pemerintah tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, fasik dan sebagainya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menceritakan tentang sikap manusia seperti ini, lalu mengancam mereka dengan ancaman yang menakutkan. Dari Abi Hurairah berkata, “Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa.” (Hadis Riwayat Muslim).

Imam Al-Barbahari berkata, “Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid’ah).”(Al-Ibanah, Jld. 2, Hlm. 116, No.136).

“Akan muncul selepas peninggalanku seorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barangsiapa mencari-cari kehinaannya (kesalahannya dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala).” (As-Sunnah (2/513), dari Ibn Abi ‘Asim. Sanad hadis ini sahih).

Berkata Imam As-Syaukani Rahimahullah, “Sebaiknya bagi orang yang menyedari kesalahan pemerintah (penguasa yang beragama Islam) dalam beberapa permasalahan untuk menasihatinya dengan tidak menyebarkan maki hamun kepadanya di khalayak umum. (ÇáÓíá ÇáÌÑÇÑ Jld. 4, Hlm. 556).

Ibn Qayyim menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin yang masih beragama Islam,

“Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam), semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh kerana itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia telah terlepas dari sifat dengki.” (ãÝÊÇÍ ÏÇÑ ÇáÓÚÇÏÉ Jld. 1, Hlm. 72).

Seterusnya Ibn Qayyim rahimahullah berkata lagi, “Hal ini jauh berbeza dengan keadaan orang yang suka menentang pemerintah dan menghabiskan masanya dengan memaki-hamun (mencela, mencerca dan memburuk-burukkan para pemimpin Islam, pent.). Mereka suka mengaibkan dan menghina, maka ini samalah dengan tindakan kaum-kaum Rafidah, Khawarij, Muktazilah dan golongan yang seumpama mereka, kerana hati mereka sudah dipenuhi rasa iri hati dan kedengkian.” 

Menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, “Sesungguhnya termasuk dalam kesepakatan ulama (kaum muslimin) agar mendengar kemudian taat kepada siapa sahaja yang memerintah kita walaupun dia adalah seorang hamba Habsyi (selagi ia beragama Islam. Pent).” (ÇÕæá ÇáÓÊÉ Muhammad bin Abdul Wahab).

Berkata Imam Tahawi rahimahullah, “Kita tidak pernah diizinkan untuk memberontak kepada imam-imam dan pemimpin negara kita (pemimpin muslim), sekalipun mereka zalim. Kita tidak boleh mendoakan mereka (supaya jatuh), tidak boleh menarik ketaatan kepada mereka kerana ketaatan kita kepada mereka termasuk ketaatan kepada Allah, hal ini adalah wajib selagi kita tidak dipaksa mentaati yang maksiat dan kita sewajarnya mendoakan mereka dengan kebaikan dan ampunan (bukan sebaliknya, pent.).”

Nas-nas al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa para ulama’ Salaf As-Soleh yang tertera di atas, telah menjelaskan bahawa menentang, memfitnah, menghina dan berjuang untuk menjatuhkan pemerintahan Islam dan pemimpinnya, adalah perbuatan bid’ah dan haram.

                                                      

Dalam sejarah, Al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi terkenal dengan kezalimannya; bengis dan kejam dalam menumpahkan darah, menodai hal-hal yang diharamkan Allah, membunuh tokoh-tokoh utama umat Islam seperti Said bin Zubir, menghalalkan apa-apa yang haram, mengepung Ibnu Zubir yang telah berlindung di Kaabah dan kemudian membunuhnya walaupun Ibnu Zubir telah ditaati dan dibaiat oleh penduduk Mekkah, Madinah, Yaman dan sebahagian wilayah Iraq.

Al-Hajjaj adalah wakil Marwan, sekaligus wakil anaknya Abdul Malik. Tidak ada seorang khalifah pun yang menjanjikan Marwan (menjadi penguasa) dan tidak dibaiat oleh Ahlul Halli wal Aqdi. Ibnu Umar dan ramai lagi para Sahabat masih hidup dan mengharungi zaman kekuasaan Al-Hajjaj, namun mereka tidak mencabut ketaatan kepada Al-Hajjaj, mereka tidak melarang sesiapa untuk taat kepadanya dalam perkara-perkara yang boleh mempertahankan agama dan hak-hak rakyat.
Bani Abbasiyah ketika menguasai dan memerintah kaum Muslimin terkenal dengan kekerasannya, kekejaman dan ketajaman pedangnya; banyak membunuh manusia dari pelbagai lapisan, terutama dari kalangan pemimpin dan tokoh Bani Umaiyah. Antara yang dibunuh adalah Ibnu Hubairah penguasa Iraq dan juga Khalifah Marwan.

As-Saffah, penguasa Bani Abbasiyah membunuh lapan puluh orang dari Bani Umayah dalam sehari. Walaupun sudah demikian parahnya, para imam kaum Muslimin seperti Al-Auzaii, Malik, Al-Laits bin Saad, Atha bin Abi Rabah dan yang lainnya tetap bersikap taat dan mendengar. Kebenaran seperti ini hanya dapat difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu yang mendalam.

Adalah HARAM hukumnya bagi sesiapa yang berniat mahu menjatuhkan penguasa, para pemimpin yang berkuasa, pemerintah dan mereka yang memerintah, kerana menjatuhkan penguasa sama dengan merampas kekuasaan yang ada di tangan mereka yang pasti akan mengakibatkan perpecahan, perbalahan, huru-hara, kacau-bilau dan boleh menyebabkan kemusnahan kepada agama, harta benda, negara dan umat Islam.

Di zaman para Imam muktabar seperti Imam Ahmad bin Hambal, Muhammad bin Ismail, Muhammad bin Idris (As-Syafie), Ahmad bin Nuh, Ishak bin Rahawih dan ramai lagi; mereka menghadapi suatu masa di mana para penguasanya banyak melakukan perbuatan zalim dan bid’ah yang sangat serious.

Penguasa pada masa itu mengingkari sifat-sifat Allah. Para ulama dipaksa untuk menyokong kesesatan tersebut tetapi mereka tidak berganjak dengan prinsip-prinsip kebenaran. Para ulama diuji dengan berbagai-bagai seksaan. Ramai yang telah dibunuh; antara mereka ialah Ahmad bin Hashr. Walaupun keadaan ini sudah demikian tragisnya, namun tidak mendorong para ulama’ untuk keluar dari ketaatan atau melakukan pemberontakan, tidak mencerca dan tidak memburuk-burukkan penguasa (pemimpin mereka). (Ad-Durar As-Sunniyah fil Ajwibah An-Najdiyah, 7/177-178).


Kewajipan para ulama ialah mendidik rakyat; menyebarkan segala kebaikan pemerintah, mengenang budi dan jasa di atas kebaikan dan pembangunan yang telah diusahakan, bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada manusia, menjauhkan rakyat dari menyebarkan keburukan pemerintah, para pemimpin dan ketua negara mereka kerana mereka beragama Islam.
Memburuk-burukkan kerajaan, penguasa atau pemimpin adalah perbuatan bid’ah; bertentangan dengan etika, amalan, sikap dan manhaj Salaf As-Soleh. Memaki-hamun, kutuk-mengutuk, mencaci, sumpah-seranah, menabur fitnah, menyebar keburukan pemerintah dan menanam perasaan benci terhadap penguasa atau pemimpin Islam adalah perbuatan yang DIHARAMKAN oleh Al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama’ Salaf as-Soleh.

Firman Allah s.w.t., “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah An-Nur: 19).

“Dan janganlah kamu memaki (mengutuk) para pemimpin kamu, janganlah mengkhianati mereka dan janganlah menjadikan mereka marah. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah kerana urusan itu adalah dekat.” (As-Sunnah, 2/499, Ibn Abi ‘Asim).

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ada lima perkara barangsiapa melaksanakan salah satu darinya di bawah jaminan Allah Subhanahu wa-Taala: Iaitu melawat orang yang sakit, berjihad di medan perang dan menemui penguasa (pemimpin) dengan niat untuk menghormati dan memuliakannya atau duduk di rumah (berdiam diri) sehingga orang aman darinya (sehingga aman manusia).” (As-Sunnah, 2/490-492. Ibnu Abi Asim. Ahmad dalam Musnad 5/241. Zilalul Jannah fi Takhrij as-Sunnah 2/490-491. Al-Albani. Ibnu Zanjawiyah dalam Al-Amwal 1/87).
Berbantah2 Adalah Perbuatan Haram Dan Bid’ah
Imam Ibnu Kathir Rahimahullah mengklasifikasikan berbantah-bantahan sehingga berlaku perpecahan sebagai perbuatan bid’ah. Keterangan beliau terdapat dalam penafsirannya terhadap Surah Ali-Imran: 106 yang menyebut,

“(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur engkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu.”"

Ayat ini telah ditafsirkan oleh al-Hafiz Ibnu Kathir rahimahullah bahawa muka yang hitam legam adalah muka orang yang melakukan bid’ah dan perpecahan. (Jld. 1, hlm. 306-307).
Al-Quran mengharamkan berbantah-bantahan kerana ia menghilangkan kekuatan (menjadi lemah) di dunia dan akan menerima azab yang berat di akhirat kelak. Firman Allah Azza wa-Jalla,

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah berceri-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.” (Surah Ali Imran: 105).

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Surah Al-Anfal: 46).

“Janganlah kamu saling berbantah-bantahan (berbalah/berikhtilaf), sebab orang-orang sebelum kamu telah berbantah-bantahan lalu mereka binasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, 5/70 (2410)).
Perpecahan, perbalahan dan saling berbencian adalah penyebab utama umat Islam lemah, hilang kekuatan dan terhina di dunia. Jika tidak bertaubat ia boleh menghantar pelakunya ke neraka. Hakikat inilah yang telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w.,

“Akan berpecah umat ini kepada tujuh puluh tiga (73) golongan, semuanya ke neraka kecuali satu. Dalam lafaz lain: Tujuh puluh millah. Dalam riwayat mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah golongan yang berjaya? Baginda menjawab: Sesiapa yang seperti aku dan yang ada pada para sahabatku. Dalam satu riwayat baginda bersabda: Mereka ialah jamaah, tangan Allah bersama jamaah.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud (398), Turmizi (2564) al-Iman. Ibn Majah (3981) al-Fitan dan Ahmad (8046) Baqi Musnad al-Mukathirin. Menurut Ibn Taimiyah: Hadis ini adalah sahih dan masyhur pada sunan dan sanad-sanadnya).

Antara pengertian jamaah ialah “Umat Islam yang bersatu di bawah seorang pemimpin Islam.” (Jld. 2, Hlm. 263, As-Syatibi).

Jamaah juga bermaksud, “Mengumpulkan (menyatu-padukan) mereka yang berpecah-belah (bercerai-berai).” ((1) 1/21. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor. (2) Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi) atau “Bersatu yang lawannya berpecah-belah” atau juga “Perkumpulan manusia yang bersatu untuk satu tujuan yang sama.” (Jld. 3. Hlm. 157).
Nas-nas Yang Mengharamkan Perpecahan
Islam mewajibkan berjamaah di bawah satu pemerintah, penguasa atau pemimpin Islam dan mengharamkan perpecahan. Tidak akan wujud dan kekal jamaah kecuali dengan wujud dan kekalnya pemimpin.

Terdapat banyak nas Al-Quran dan hadis-hadis sahih mengarahkan agar mentaati pemimpin, bersatu di bawah pemerintahannya dan ditegah menimbulkan perselisihan, huru-hara, penentangan dan pemberontakan terhadap pemimpin Islam. Antara nas mengharamkan perpecahan dan mewajibkan taat kepada pemimpin ialah:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah An-Nisa’: 59).

Rasulullah s.a.w. berkali-kali berwasiat tentang wajibnya taat kepada pemimpin, “Bahkan hendaklah kamu mendengar dan taat, sekalipun mereka (pemimpin) memakan (merampas) hartamu dan memukul punggungmu.” (ÇáÚÞíÏÉ ÇáØÍÇæíÉ, Hlm. 381).

Dalam kitab al-Akidah at-Thahawiyah telah disyarahkan maksud hadis di atas, iaitu “Mentaati para pemimpin adalah wajib walaupun mereka zalim atau fajir (kurang elok sikapnya/jahat). Kerana keluar dari ketaatan kepada pemimpin akan mengakibatkan berlakunya kerosakan yang lebih parah (besar) dibanding dengan akibat yang ditimbulkan oleh kezaliman mereka, bahkan bersikap sabar dalam menghadapi kejahatan mereka akan menghapuskan dosa-dosa dan melipat-gandakan pahala.” (ÇáÚÞíÏÉ ÇáØÍÇæíÉ, Hlm. 381).

“Tangan Allah di atas al-Jamaah.” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tabrani dan Al-Hakim. Hadis sahih).
“Sesiapa menginginkan syurga maka hendaklah mengekalkan (dirinya bersatu dalam) berjamaah. Sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang keseorangan dan dia di kalangan orang yang berdua adalah lebih jauh.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmizi. Hadis sahih).

Dari Jabir Bin Samurah r.a. berkata, “Umar pernah berkhutbah di hadapan manusia. (Beliau berkata): Sesiapa di antara kamu menginginkan kenikmatan syurga, maka hendaklah ia sentiasa beriltizam dengan jamaah.” (Musnad Ahmad, tahqiq oleh Syakir, 1/230-231).

“Tidak ada Islam kecuali dengan berjamaah (bersatu), tidak ada kesatuan kecuali dengan adanya seorang pemimpin dan tidak ada pemimpin kecuali dengan ketaatan.” (Hadis Riwayat Ad-Darimi, (Mauquf) 1/79).

“Barangsiapa yang datang kepadamu, sementara urusanmu (hanya mentaati) seorang pemimpin, sedangkan orang itu ingin keluar dari jamaah dan memecah-belahkan jamaah maka bunuhlah dia.” (Hadis Riwayat Muslim).

Nas-nas di atas menjelaskan bahawa Islam mewajibkan para penganutnya bersatu di bawah seorang pemimpin; mematuhinya selagi tidak menyuruh kepada maksiat dan mengharamkan perpecahan sama ada dengan menjatuhkan pemimpin, menubuhkan parti baru atau keluar dari kepimpinan pemerintah Islam yang telah sedia ada.

                                                  

Sikap Para Mukmin Terhadap Pemerintah Dan Pemimpin Islam

Islam mengharamkan umatnya menghina, memaki-hamun, mencerca, memfitnah, memburuk-burukkan, mengumpat, mengadu-domba, menggunakan kalimah kesat, keji, mencarut dan kalimah kotor terhadap orang Islam terutama terhadap pemimpin mereka. Pengharaman ini diulang berkali-kali oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang begitu banyak.

Allah mengajar para nabi-Nya dan para hamba yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah-lembut walaupun kepada Firaun yang terkenal sebagai taghut, keji, zalim dan kafir. Firman Allah,

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya (taghut). Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” (Surah Toha: 43-44).

Menurut penafsiran Imam Al-Qurtubi Rahimahullah tentang ayat Al-Quran ini, “Dengan yang demikian, ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah-lembut kepada sesiapa yang berkuasa.” (Jld. 11, Hlm. 199).

Allah tidak mengajarkan hamba-Nya yang beriman melakukan keganasan, membunuh atau menumbangkan pemerintah Islam. Nabi Musa dan Harun melayani Firaun dengan baik walaupun Firaun terkenal dengan kezalimannya. Mereka bertingkah sopan dan berbahasa yang lemah-lembut. Apatah lagi kepada seorang pemimpin Islam sudah tentulah dituntut agar menggunakan kalimah yang, manis, sopan dan baik.

Allah s.w.t. memerintahkan kepada setiap orang Islam, sama ada menggunakan kalimah yang baik terhadap manusia atau lebih baik diam.

 Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68)).

Nas di atas merupakan pendidikan bagi setiap orang beriman terutamanya para ulama’ kerana Allah menyeru agar sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun, menggunakan perkataan baik, lembut dan manis kepada sekalian manusia; tidak kira pangkat, darjat, martabat dan kedudukannya.

Firman Allah, “…dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik;…” (Surah Al-Baqarah :83).

Menurut tafsiran Ibn Kathir bagi ayat Al-Quran ini, yang dimaksudkannya ialah: “Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan dengan lemah-lembut (bukan dengan kasar, maki-hamun, mencarut atau menghina. Pent.). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran.” (Tafsir Ibn Kathir, Jld. 1, Hlm. 169).

Al-Hasan Al-Basri rahimahullah pula menafsirkan ayat ini, “Yang dimaksudkan “Perkataan yang baik” ialah menyuruh kepada yang baik dan menegah dari kejahatan, berlemah-lembut, pemaaf dan berjabat tangan.”(Tafsir Ibn Kathir, Jld. 1, Hlm. 169).

Beliau berkata lagi, “Mereka menguasai kita dalam lima perkara: Solat Jumaat, jamaah (persatuan), hari raya, pertahanan dan undang-undang (hukum termasuk hukum hudud. Pent.), Demi Allah! Agama ini tidak akan lurus kecuali dengan kewujudan mereka, walhal mereka berbuat sewenang-wenangnya dan zalim. Demi Allah! Allah membuat kebaikan dengan perantara mereka lebih banyak daripada kerosakan yang mereka timbulkan. Taat kepada mereka adalah sesuatu yang terpuji dan memisahkan diri dari mereka adalah kekufuran.” 
(Adab Al-Hasan Al-Basri, Hlm. 121, Ibnu al-Jauzi. Jami al-Ulum wal-Hikam. Hlm. 2/117, Ibn Rejab. Cetakan ar-Risalah).

Abu Hatim rahimahullah berkata, “Salah satu tanda ahli bid’ah (pengikut hawa nafsu) ialah apabila ia suka mencerca ulama’ Ahli Sunnah dan manhaj Salaf as-Soleh, sama ada di negeri ini atau di negeri yang lain, maka ketahuilah bahawa dia adalah benar-benar pengikut hawa nafsu.”

Nabi Muhammad s.a.w. apabila ditanya siapakah orang yang mulia akhlak dan sikapnya? Baginda menjawab, (Orang Islam yang mulia ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, (1/54) al-Fath dan Muslim (1/65)).


 


Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah, di dalam kitabnya, Ushulus Sunnah:
Prinsip ahlus sunnah (di dalam prinsip ke-28) – Mendengar dan taat kepada para imam (penguasa pemerintahan), khalifah, amirul mukminin, yang baik mahupun sebaliknya. Begitu juga (mendengar dan taat kepada) orang yang memegang tampuk pemerintahan (kekhalifahan yang telah disepakati dan diredhai oleh umat manusia). Demikian pula (mendengar dan taat kepada) orang yang dapat mengalahkan manusia dengan pedang hingga menjadi khalifah, penguasa, atau amirul mukminin.
Kekuasaan itu boleh terjadi melalui tiga kemungkinan:
  1. Dengan ketetapan dan wasiat dari imam (penguasa) terdahulu. Demikian ini sebagaimana terjadi kepada Abu Bakar ketika mewasiatkan supaya Umar menjadi khalifah.

  2. Dengan pemilihan yang dilakukan oleh Ahlul Halli wal Aqdi. Mereka memilih khalifah dan imam, sebagaimana yang terjadi pada pelantikan Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah. Para Sahabat Nabi s.a.w.bersepakat membaiat Ali sebagai khalifah. Begitu juga bersepakatnya para Sahabat membaiat Muawiyah selepas Ali.

  3. Dengan kekuatan dan pemaksaan (kekerasan tidak melalui jalan yang aman – penterjemah); iaitu bila mana seseorang mengalahkan orang yang banyak atau kumpulan tentera yang lain, sehingga dengan kekerasan dan kekuatannya, ia menjadi penguasa. Pada cara yang ketiga ini, seseorang yang menang dan berkuasa dengan cara kekerasaan walaupun banyak syarat tidak dipenuhi, namun di dalamnya mengandungi hikmah, iaitu menunjukkan bahawa ia mempunyai kekuatan. Jika ia diperangi lagi, tentu ia akan menimbulkan konflik dan fitnah yang berterusan. Bahkan mampu menimbulkan suasana saling berbunuhan dan peperangan yang lebih besar di kalangan umat muslimin.

  4. Dalam keadaan yang seperti ini, maka maslahah dan keutamaannya adalah agar pemimpin yang beroleh kekuasaan dengan cara ketiga ini tetap harus didengari (ditaati). Inilah pegangan para ulama’. Sebahagian ulama’ yang lain menyatakan, ia lebih kuat untuk berjihad, kerana jika ia memiliki tentera yang dapat menguasai kaum muslimin di suatu negeri dan memiliki kekuatan, bererti membuktikan bahawa ia merupakan orang terkuat untuk melakukan jihad dan perang. Yang mana, dengan kekuatannya itulah dia menjadi pemimpin.

                                 

KESIMPULAN : 
KAMI 100 % IKHLAS NYATAKAN DI SINI BAHAWA KEPADA SEMUA ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM DI DALAM MALAYSIA INI SUPAYA " TEPUK DADA TANYA IMAN " KHUSUSNYA KEPADA AHLI-AHLI POLITIK YANG SETIA PRO-PEMBANGKANG SEBELUM INI...KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN YANG HAK BERPANDUKAN AJARAN AL QURAN DAN HADIS SERTA FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

UNTUK ITU TIDAK SALAH SEKIRANYA SAUDARA MUSLIM SEMUA MENGISYTIHARKAN DIRI KELUAR BERAMAI-RAMAI MENYOKONG ULIL AMRI YANG SEDIADA MALAH PIHAK ULIL AMRI AKAN LEBIH TERHARU DAN MEMANDANG MULIA DAN MENYANJUNG TINGGI ATAS KESEDARAN DAN NIAT IKHLAS KAMU SEMUA DEMI UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP UMMAH MUSLIM SE MALAYSIA NANTI .

HARUS INGAT ! JAUHI DARI HASUTAN DAN BISIKAN IBLIS SYAITAN YANG MEMANG DARI AWAL KEWUJUDANNYA HINGGA AKHIR KIAMAT... DENGAN SEDAYA UPAYA DAN TIPU HELAHNYA SEMATA-MATA UNTUK MENYESATKAN UMAT ISLAM DI DUNIA INI !

                                      

JIKA KAMU DAPAT MENGATASINYA...KAMI YAKIN DAN INSYA ALLAH DENGAN IZIN DARINYA JUA SEGALA USAHA MURNI KITA AKAN DIREDHAI OLEH ALLAH SWT DEMI UNTUK KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN  HIDUP KELUARGA KITA BAIK DI DUNIA MAUPUN AKHIRAT KELAK. AMEEEN YA RABBAL'ALAMIN.

AKHIR KALAM SEMUA ORANG ISLAM DI DUNIA INI ADALAH SAUDARA KITA...KAMI INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI JUTAAN TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ARTIKEL IKHLAS DARI KAMI INI. WASSALAM.

SUMBER : email nizam penang

No comments:

Post a Comment