Monday, 11 March 2013

MEREKA DIPERANGKAP SEBELUM TERKORBAN DI KAMPUNG SIMUNUL..... ???


Menurut Ketua Kampung Simunul pemberontak Sulu nama sahaja Islam tetapi mereka terlalu kejam melebihi askar yahudi kerana membunuh wira keselamatan dengan tanpa perikemanusiaan di  Perkampungan Air, Lorong 5, Kampung Simunul.
Sebaik sahaja mendapat tahu terdapat pengganas berada di Kampung Simunul pihak polis terus ke sana tetapi mereka dikepung dari arah hadapan dan belakang. Kemungkinan itu adalah perangkap oleh dalang yang memberi maklumat kepada pihak polis.

Ketua Kampung Simunul Ramlee Saraman, 56 menceritakan kejadian yang berlaku, kesan darah, otak bersepai dan bekas tembakan masih jelas kelihatan umpama baru berlaku dalam tempoh 24 jam.

Bagaimana susah payahnya pihak keselamatan memburu pengganas Sulu yang begitu kejam yang mengepung pihak keselamatan dari bahagian hadapan dan belakang.

Ramlee berkata, ketika itu dia berada di dalam pejabat ketua kampung dan mendengar bunyi tembakan berterusan dalam tempoh 30 minit.

Di persimpangan titi masih kelihatan kesan titisan darah wira negara, yang membawa maksud mereka lari menyelamatkan diri dan cuba berselindung daripada tembakan militan itu.

Kemudiannya terdapat dua kesan tembakan, mungkin dilepaskan oleh penceroboh dari arah depan dan belakang.

Melalui penerangan daripada Ramlee, penceroboh menyerang dari rumah di hadapan dan belakang ketika wira negara melalui titi tersebut.

Timbul persoalan, adakah polis diperangkap? Selepas serangan itu, melalui kesan tompokan darah, ada wira negara melarikan diri masuk ke rumah penduduk.

Masih adakah petualang negara yang masih bebas di negara ini? Selagi adanya petualang ini negara tidak akan aman sepenuhnya.

Disinilah gugurnya wira negara iaitu Supritenden Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan Micheal Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Azrul Tukiran.
Persoalan kepada semua itu..... SIAPAKAH DALANGNYA...???

1 comment: