Friday, 29 March 2013

LAHAD DATU : KURANG 10 PENGGANAS KIRAM KINI BERSEMBUNYI DAN HIDUP DALAM PELARIAN



Sidang media oleh Datuk Hamza Taib, CP Sabah pada petang ini mengesahkan bahawa baki jumlah pengganas Kiram yang masih hidup kurang daripada 10 orang dan hidup dalam pelarian dan persembunyian. Sedikit lega kedengarannya namun masih belum boleh dikatakan selamat sepenuhnya.


Usaha membersihkan bumi Sabah melalui Op. Daulat boleh dikatakan hampir kepada penghujungnya. Namun, walau sedikit mana sekalipun pengganas yang tinggal, mereka masih lagi mampu membuat kemusnahan dan kebinasaan yang besar juga. Tidak perlu ramai, seorang pengganas sahaja pun sebenarnya mampu membunuh ratusan manusia lain sekiranya dia cukup bersedia dengan pelbagai helah dan persenjataan yang mencukupi, tambahan kalau ada antara mereka yang sememangnya pakar di dalam bahan letupan.

Sokongan dan doa semua rakyat Malaysia tetap dipohon agar anggota keselamatan kita sentiasa di dalam perlindungan Allah dan selamat selain berjaya dalam misi mereka untuk terus mendaulatkan tanahair ini.

No comments:

Post a Comment