Monday, 11 March 2013

KEKEJAMAN PENGGANAS SULU PENGGAL DAN LAPAH MAYAT MANGSA...!!!


Tidak ada sebarang kompromi untuk membawa pulang pengganas Sulu sebelum tindakan perundangan sewajarnya diambil ke atas mereka, tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihaknya mahu setiap penceroboh terbabit ditangkap dan tidak terlepas daripada kepungan pasukan keselamatan negara kerana tindakan dilakukan mereka melampaui batas dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya mahu tidak ada seorang pun di kalangan mereka harus dilepaskan. Kita tidak mahu mereka terlepas daripada kepungan kita dan kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup".

"Kita bicarakan mereka ikut undang-undang Malaysia...tidak akan ada kompromi untuk membawa mereka pulang ke Filipina," katanya pada sidang media di Ipoh.

No comments:

Post a Comment