Tuesday, 26 March 2013

JUTAWAN RUSSIA BUNUH DIRI...


Kematian jutawan Russia, Boris Berezovsky, 67 tahun disahkan akibat bunuh diri.
Mayat Berezovsky ditemui di kediamannya yang terletak di Ascot, 40 kilometer di Barat London,
Berezovsky ditemui dalam bilik air yang terkunci dalam keadaan menggantung diri.
Tiada sebarang kesan pergelutan ditemui pada mayatnya.

Namun ujian lanjut akan dijalankan menerusi proses autopsi mayatnya.
Antaranya termasuk ujian pemeriksaan toksikologi dan histologi.
Berezovsky sebelum ini berjaya membantu Vladimir Putin meraih kuasa sebelum melarikan diri ke Britain pada tahun 2000.
Sejak itu Berezovsky antara pengkritik keras kerajaan Russia.
Segelintir rakan baiknya percaya Berezovsky berkemungkinan membunuh diri ekoran masalah kewangan yang dihadapinya.
Beliau menghadapi kemurungan selepas kalah dalam kes mahkamah menentang seorang lagi jutawan Russia, Roman Abramovich membabitkan kos enam bilion dolar, tahun lalu.

TV3

No comments:

Post a Comment