Dalam kecoh masing-masing menuntut dan mendakwa bahawa merekalah pewaris kesultanan Sulu yang sebenarnya, tersingkaplah sejarah lama yang tidak mungkin akan dikenang kembali oleh keturunan Kiram.
Penderhakaan yang dilakukan keturunan sultan Sulu terhadap rakyat Malaysia dan juga Yang Dipertuan Agung menyebabkan penulis juga rasa terpanggil untuk menunujukkan sedikit rasa derhaka kepada mereka.
Disebalik pendakwaan bahawa mereka merupakan keturunan sultan Sulu yang beragama Islam, mereka sembunyikan fakta...mereka cuba melupakan bahawa ada keturunan kesultanan mereka yang menjadi mubaligh kristian.
Keturunan mereka yang memeluk kristian ini telah menggelarkan diri mereka sebagai The Christian Sultan of Jolo. Putera sulung Sultan Badaruddin I dengan gelaran Sultan Alimuddin I inilah yang telah masuk kristian. Pembaptisan Sultan Alimuddin I dilakukan oleh paderi Sepanyol di Manila. Sejurus masuk kristian beliau menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin. Dan berdasarkan undang-undang kesultanan Islam yang dipersetujui, hak Don Fernando termansuh secara otomatik kerana beliau kristian.
Sesuatu yang telah berlaku lama dulu mungkin tiada siapa lagi yang mengingati adanya keturunan sultan Sulu yang kafir. Dalam suasana yang serba tidak kena di bawah pentadbiran Jamalul Kiram III, muncul pula seseorang yang mendakwa sebagai puteri Kiram yang cuba menunjuk pandai.
Jacel Kiram Ramos...beliau dipercayai berasal dari salah silah keturunan Don Fernando yang beragama kristian. Ingat...keturunan Don Fernando tiada hak langsung untuk menyentuh tentang kesultanan Sulu kerana beliau seorang kafir.
Penampilannya yang berjilbab sekadar mengaburi mata kesultanan Islam Sulu. Hidup dalam serba kemewahan, sedangkan Jamalul Kiram III nak makan pun terpaksan minta ihsan rakyatnya.
Bagaimana dia mampu hidup serba mewah?
Siapa yang taja beliau?
Penasihat Jacel Kiram Ramos adalah seorang paderi Sepanyol. Sedia maklum gerakan kristian memang menjadikan Islam sebagai sasarannya. Islam harus dihancurkan apa cara sekali pun.
Jadi adalah sesuatu yang bukan mustahil gerakan kristian menggunakan Jacel Kiram Ramos bagi memecahbelahkan kesultanan Islam Sulu. Jacel Kiram Ramos adalah agen kristian dalam keturunan Kiram dan beliau dikhabarkan masih lagi menganuti agama keturunan Don Fernando.
Benarkah Jacel Kiram Ramos seorang kristian?
Cubaan beliau untuk campurtangan dalam isu kesultanan Sulu ini adalah sebahagian misi membalas dendam akibat keturunan nenek moyangnya yang berasal dari Don Fernando dinafikan haknya. Jika keturunan Don Fernando diketepikan, jadi biarlah Kiram III juga terpaksa menggigit jari. SUMBER
Sebelum penulis terlajak mengangap agama Kristian sebagai kafir, cubalah selidiki secara jujur dlm hidup penulis, adakah anda menuruti 100% ajaran/perintah agama anda. Kalau ya, barulah katakan Kristian itu kafir. Tuhan Memberkati Penulis
ReplyDeleteKenyataan yg bercelaru. Memang Kristian itu agama kafir kerana hanya Islam agama diredhai Allah.
Deleteme3mang betul org keristian adalah org kafir kerana mereka tidak mengakupercaya kepada allah yg esa dan nabi muhammad SAW itu adlah pesuruhNya.ugama akhir zaman adalah agama islam yg dibawa oleh nabi Muhamad SAW dengan perintah oleh allah...
DeleteUsah gaduh-gaduh tentang istilah kafir. Di Sabah orang-orang beagama Kristian amat marah jika mereka di gelar kafir kerana pengertian kafir di sini membawa erti pagan atau orang yang tidak ada agama.
ReplyDeletepatut la kejap ada tudung kejap dedah aurat 'puteri' ni...hmmm
ReplyDelete