Monday, 18 March 2013

HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2013 : MISI 30 TAHUN MEMBURU JUARA KECUNDANG.....

Padah tiga saat
Pemain Malaysia dan Australia menunjukkan reaksi berbeza sejurus tamat perlawanan, malam tadi. 

Pukulan terakhir perlawanan rentap impian bergelar juara 

Ipoh : Skuad hoki negara terpaksa menggigit jari apabila misi menamatkan kemarau 30 tahun untuk bergelar juara berkecai apabila tewas 3-2 kepada Australia pada final Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-22, malam tadi, melalui jaringan Trent Mitten tiga saat sebelum perlawanan berakhir. 


Dengan perlawanan seakan berlanjutan ke masa tambahan, Mitten merembat kencang melepasi S Kumar, sekali gus menghancurkan hati ribuan penyokong tuan rumah dan membolehkan Australia mencipta kejuaraan ketujuh selepas melakukannya pada 1983, 1998, 2004, 2005, 2007 dan 2011. 

“Tewas dengan jaringan pada saat-saat akhir begitu memeritkan... amat mengecewakan. Bagaimana saya puas hati pemain dapat menyaingi Australia pasukan di ranking kedua dunia, serangan lawan dapat kita serap malah kita begitu hampir mengecewakan mereka," jurulatih negara Paul Revington


Kekalahan memeritkan

“Tewas dengan jaringan pada saat-saat akhir begitu memeritkan... amat mengecewakan. Bagaimana saya puas hati pemain dapat menyaingi Australia pasukan di ranking kedua dunia, serangan lawan dapat kita serap malah kita begitu hampir mengecewakan mereka.


“Kegagalan menyempurnakan pukulan sudut penalti adalah faktor yang menyumbang kepada kegagalan kita,” kata jurulatih negara Paul Revington. 

Pemain negara mempamer persembahan membanggakan dan menyerbu garang sebaik wisel permulaan dan memperoleh gol seawal minit keempat menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Faizal Shaari.

Selepas berjaya bertahan selama 28 minit kubu Malaysia roboh apabila Nicholas Budgeon menyempurnakan pukulan sudut penalti pertama pasukannya pada m-29. Dua minit kemudian Graig Boyne memanfaatkan kealpaan benteng Malaysia untuk meletakkan Australia di hadapan pada separuh pertama.

Babak kedua menyaksikan kebangkitan Malaysia yang mengasak hebat dan memperoleh gol penyamaan melalui Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil yang menolak masuk bola hantaran Muhammad Farhan Mohd Jalil pada m-49 untuk menyalakan semula harapan. Bagaimanapun Mitton bingkas melakukan tindakan pemusnah dengan pukulan terakhir permainan, sekali gus meleburkan impian Malaysia.



Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah turut berangkat bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim untuk menyaksikan perlawanan akhir di samping menyampaikan trofi kepada pasukan Australia yang diketuai oleh Robert Hammond.

Dianggarkan lebih 12,000 penyokong dan peminat hoki dari seluruh pelosok negeri  memenuhi setiap unci ruang Stadium Hoki Azlan Shah bersatu melaungkan sokongan di samping paluan gendang pembakar semangat untuk pasukan negara ternyata pulang kecewa walaupun anak buah Paul Revington mempamerkan corak permainan bertenaga, mantap dan cemerlang.

No comments:

Post a Comment