Wednesday, 6 March 2013

( FOTO ) LANUN SULU 'MATI KATAK'....!!!!


Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar seorang penceroboh yang ditembak mati pagi ini.
Gambar ketiga menunjukkan satu kawasan pengebumian yang tidak memperlihatkan sebarang mayat, namun Hishammuddin mendakwa terdapat tiga mayat di dalam lahad tersebut.



Hishammuddin juga enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.

Selain kematian pada pagi ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 yang selebihnya maut semasa serangan semalam atau pertempuran pada hari Jumaat lalu.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah yang terbunuh dalam serangan semalam, tetapi menegaskan tiada pihak keselamatan kita yang terbunuh.


Seramai 14 orang terbunuh dalam pertempuran pada hari Jumaat lalu - 12 penceroboh dan dua orang komando polis kita.

Dalam sidang media selepas itu, Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin timbunan mayat yang ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku pada hari Jumaat.  

Keseluruhan lima keping gambar yang didedahkan hari ini menunjukkan barisan senjata yang dirampas serta aktiviti pasukan forensik dalam kawasan operasi.


(Hanya 3 gambar sahaja yang dapat dipaparkan)

Sebuah perigi yang merupakan Kubur besar ditemui............hanya ditutup dengan kepingan papan-papan usang......



Mayat lanun sulu dibiarkan tidak diuruskan..... 
Beginikah orang Islam....????


Inilah keadaan mayat di dalam perigi yang dijadikan kubur besar....dan mayat-mayat lanun sulu dicampakkan di dalamnya.....

No comments:

Post a Comment