Friday, 1 March 2013

AL-FATIHAH KEPADA ANGGOTA UNIT VAT 69....SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS MEREKA...

GAMBAR ALLAHYARHAM ZULKIFLI B. MAMAT BERSAMA KELUARGA


3 orang anggota VAT 69 telah disahkan gugur mempertahankan negara iaitu Inspektor Zulkifli , Sarjan Sabarudin dan Koperal Azman Ampong . Al Fatihah .



Gambar di atas dan di bawah ini adalah gambar wira negara arwah Inspektor Zulkifli yang terkorban selepas terkena bom mortar ketika mengawal pos kawalan di Lahad Datu.

Di bawah pula adalah SMS terakhir arwah kepada rakan-rakan sebelum bertugas.


BP : Semoga Allah akan mengampunkan segala dosa-dosa mereka dan menempatkan roh-roh mereka bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh dan beriman....

1 comment:

  1. Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.

    Kenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?

    Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.

    Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.

    Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.

    Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.

    Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.

    ReplyDelete