Monday, 11 February 2013

SINAR HARIAN BARUA PENCACAI ANWAR IBRAHIM....???

anwar bohong pix 1

Dalam sembang sembang kalangan sahabat sahabat bloggers, kami cuba membuat penilaian untuk menzahirkan sejauh mana pengaruh media cetak boleh mempengaruhi pengundi sewaktu kempen Piliharaya Umum [PRU 13] nanti…

Tidak dinafikan berita yang dihidangkan oleh media cetak seakan-akan suatu maklumat yang akan dijadikan panduan buat sesetetangah pengundi apatah lagi sekiranya mereka adalah generasi awal yang tidak memacu internet sebagai rujukan.


Oleh itu, dalam proses membaca sesuautu pemberitaan ditambah pula dengan tajuk berita yang gempak, sudah pasti ianya boleh merobek pemikiran pembaca untuk merumuskan sesuatu persepsi, dan membuat andaian terhadap isu yang dijelaskan.

Sebagai contoh, akhbar Sinar Harian keluaran 5 November 2012 dibawah tajuk “Cubaan Tipu Daftar Pemilih” menyiarkan dakwaan Bapak Pembohong Negara kita, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim…
Anwar berkokok dan menyalak membuat tudahan menggila  babi mengatakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia [SPR] cuba menipu Daftar Pemilih ekoran meningkatnya jumlah pemilih yang besar dalam Daftar Pemilih Induk SPR iaitu kira kira 1 juta orang dalam tahun 2011.


Bagi SPR, kenyataan tersebut adalah merupakan fitnah semata-mata dan dipercayai dibuat bertujuan untuk mempertikaikan imej dan kredibiliti SPR. Apa yang sebenarnya berlaku ialah sepanjang tahun 2011, SPR telah menerima permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat yang paling tinggi berbanding dengan tahun tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, jumlah keseluruhan pendaftaran yang telah disahkan ialah sebanyak 1,319,077 orang terdiri daripada 1,047,218 orang yang mendaftar sebagai pengundi baru dan seramai 271,859 orang lagi yang mendaftar bagi menukar alamat pusat mengundi.

Kesemua nama pemilih yang didaftarkan itu telah melalui proses pendaftaran yang ditetapkan oleh undang undang termasuk dipamerkan untuk semakan oleh pemohon dan pemilih berfadtar mengikut kawasan pendaftaran masing masing.

Dalam tempoh pemeran itu juga, mereka boleh membuat bantahan sekiranya mendapati unsur-unsur yang bercanggah dengan pendaftaran pemilih.

Mana perginya wakil wakil pekerja parti dikalangan Pakatan Pembangkang sewaktu tempoh pameran ini berlangsung..? Kenapa tiada bantahan yang mahu dibuat…?

Justeru itu, SPR menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan mana mana jua pihak yang cuba mengaitkan pertambahan besar dalam jumlah pemilih pada tahun 2011 sebagai cubaan SPR untuk menipu Daftar Pemilih.
Apa yang jelas ialah peningkatan pengundi yang besar dalam tahun 2011 adalah disebabkan adanya kempen pendaftaran pemilih yang dilaksanakan secara agresif dan berterusan oleh SPR.

Peningkatan ini boleh juga dikaitkan dengan kesungguhan dikalangan orang ramai untuk mendaftar ekoran adanya spekulasi bahawa PRU ke 13 akan diadakan dalam tahun 2011 atau awal tahun 2012. SUMBER

No comments:

Post a Comment