Tuesday, 5 February 2013

PANASZZ !!! ADUN PAKA KAWIN KAKAK SULUNG ELLA.... ISTERI KEDUA FAIL CERAI......!!!!

ADUN Paka.... Y.B. Haji Mohd Ariffin bin Abdullah

DUNGUN – Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka memfailkan cerai ke atas suaminya semalam selepas kisah lelaki itu berkahwin dengan isteri ketiga iaitu kakak kepada ratu rock tanah air terbongkar dan disiarkan di sebuah majalah hiburan pada akhir tahun lalu.


Mastura Othman, 46, membuat permohonan itu di depan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas tidak lagi tinggal bersama suaminya, Mohd. Ariffin Abdullah, 60, sejak Disember 2012.
Mohd. Ariffin yang juga bapa kepada lapan orang anak dan tiga cucu itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah semalam menyebabkan prosiding terpaksa ditunda kepada 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.
Isteri ketiga yang dimaksudkan Mastura ialah Saidatulnisa Aminuddin merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional dan kakak sulung kepada Ella.... Kosmo! Online.

BACA JUGA.....DI SINI

No comments:

Post a Comment