Sunday, 3 February 2013

NAMA SAYA OSAMA BIN LADEN, BAPA SAYA BILL CLINTON...... KORANG JANGAN BUAT MACAM NI....!!!!!

 

Agak kelakar bila seorang pemohon jawatan guru di Uttar Pradesh, India,  mengisi borang secara online untuk mendapatkan jawatan guru dengan menggunakan nama ‘Osama bin Laden.’



Tidak cukup dengan itu, dia meletakkan Bill Clinton’ sebagai nama bapanya.

Permohonannya sudah pasti ditolak kerana tidak akan ada orang yang mempercayainya.

Tetapi, bukan dia seorang yang berbuat demikian, malah ratusan pemohon turut menggunakan nama palsu yang pelik dengan harapan menarik perhatian pihak berkuasa untuk dipilih mengisi jawatan guru di sekolah di negeri di utara India itu.

Seorang pemohon lain, kerana ingin menunjukkan dia boleh berbahasa Inggeris, meletakkan namanya ‘Abcdefgh’ dan nama bapanya Xyz.

Satu permohonan yang diterima pula, menggunakan nama Tuhan Hindu, Jai Sri Ram., dipercayai mungkin untuk menunjukkan dia dapat membantu meningkatkan ajaran agama Hindu di kalangan pelajar di negeri itu. Ada pula pemohon memberikan namanya Farji yang bermakna ‘palsu’. Dalam ruang nama bapa, dia meletakkan Farji Singh, yang jika diterjemahkan bermakna Singh Palsu.

Dan tidak mengejutkan apabila semua pemohon itu meletakkan kelulusan akademik paling tinggi, dengan markah 100 peratus untuk semua peperiksaan, bagi mencerahkan peluang dipilih mengisi kekosongan jawatan itu. Jurucakap Jabatan Pelajaran Uttar Pradesh berkata, pihaknya menerima jutaan permohonan untuk mengisi 72,825 kekosongan jawatan guru sekolah rendah tetapi hanya 20 peratus daripadanya dipercayai jujur. - Daily Mail

No comments:

Post a Comment