Friday, 22 February 2013

LAGI KISAH FIZZ FAIRUZ - AZLYN MASSIELA


Lelaki yang mengaku sebagai suami Azlyn Massiela semalam telah dihubungi oleh Harian Metro dan sekali lagi menegaskan Azlyn ialah isterinya.
Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia.
Menurut lelaki itu, dia membaca tentang berita pertunangan Azlyn dan Fizz di sebuah blog, dan kemudiannya cuba menghubungi Fizz.


Dia menambah yang dia mempunyai bukti yang kukuh berkenaan perkahwinannya dengan wanita itu, namun enggan menunjukkannya kerana enggan memanjangkan kontroversi. Namun begitu, dia menyatakan dia telah memberi sesalinan sijil nikah itu kepada Fizz Fairuz.

Lelaki itu turut menukar kenyataannya, yang isteri pertamanya tidak tahu tentang isteri keduanya. Katanya kini, isteri pertamanya dan Azlyn mempunyai hubungan yang baik, dan dia juga pernah membawa mereka bercuti bersama di London.
Dia juga kini mendakwa keluarga Azlyn tahu tentang pernikahan tersebut pada asalnya, namun kini masih menafikannya.
Minta diberi tempoh seminggu
Sementara itu, melalui laporan eksklusif Berita Harian, lelaki itu meminta diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan sijil nikahnya untuk membuktikan dakwaannya. Ini kerana dia mahu mendapatkan khidmat perundangan serta mahu peguam meneliti sijil nikahnya dengan bekas tunang Fizz.
Enggan mendedahkan identiti, dia mendakwa bernikah dengan Azlyn pada 9 Mac tahun lalu, dan tidak ditemani sesiapa di selatan Thailand, selepas mengenali Azlyn selama lima tahun, namun hanya menjalani hidup sebagai suami isteri selama tiga bulan.
Selain surat nikah, saya menyimpan resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.
Saya tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang saya nikahi secara sah terjebak dengan hubungan dengan lelaki lain sedangkan kami masih suami isteri.
Tambahnya juga, dia tidak gentar dengan status perkahwinannya, kerana dia ada banyak bukti. - BEAUTIFUL NARA

No comments:

Post a Comment