Saturday, 16 February 2013

KOMUTER TERGELINCIR KALI KE-3 DALAM TEMPOH SEBULAN

1tertr5


SHAH ALAM – Empat daripada enam gerabak KTM Komuter di Stesen Komuter Shah Alam tergelincir di sini, malam tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu, apabila komuter tanpa penumpang tersebut dalam perjalanan dari Klang menuju Kuala Lumpur. Empat gerabak di bahagian belakang tergelincir setibanya di stesen Bagaimanapun pemandu kereta api tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sinar Harian yang berada di lokasi mendapati kerja-kerja penyelenggaraan dan siasatan sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja KTM.



Dalam tempoh sebulan ini, ia merupakan kejadian ketiga yang melibatkan kemudahan KTM. Minggu lalu, kereta api Sinaran Utara tergelincir di Kampung Baru, Bukit Mertajam.
Sementara itu kenyataan dikeluarkan dalam awal pagi tadi, KTMB berkata, perkhidmatan KTM Komuter akan mengalami sedikit gangguan bagi sektor Pelabuhan Klang–Batu Caves hari ini ekoran tren Komuter kegelinciran di stesen Shah Alam.
“Bagi sektor ini, perkhidmatan tren komuter akan beroperasi seperti biasa dengan kelewatan sekitar lima minit,” menurut kenyataan itu.
Menurutnya lagi, tren komuter berkenaan kosong, tiada penumpang, dan sedang membuat perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelenggaraan semasa insiden tersebut berlaku.
“Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan. Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika ada sebarang perkembangan terkini.
“Di atas sebarang kesulitan yang dialami, KTM Berhad memohon maaf. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad untuk maklumat lanjut di talian 1-300-88-5862,” menurut kenyataan itu lagi.

No comments:

Post a Comment