Sunday, 24 February 2013

DAP TIPU ORANG ISLAM DI PULAU PINANG.....???


Bukti Kerajaan Negeri luluskan lesen menjual arak di Pulau Pnang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan minuman yang memabukkan (arak) disetiap premis-premis tertentu..Apa yang paling membimbangkan, Premis ini kebanyakkannya berdekatan dengan kawasan pendudukan orang Melayu.

Kerajaan Negeri sebelum ini dikatakan begitu megah & mendabik dada kononnya selepas memerintah P.Pinang, mereka lebih alim dari kerajaan pimpinan dahulu.

Boleh blah la DAP Penipu.!

Setiap hari akan ada anak-anak muda datang membeli arak ini. Melayu di Pulau Pinang kini dilalaikan dengan penjualan arak yang berleluasa di sini seolah-oleh tanpa adanya pemantauan dari Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang..


Siapakah Exco yang berperanan dalam hal melibatkan Ehwal Islam di P.Pinang ini?? Tak lain tak bukan Malik Kassim yang dilantik dari PKR.

Berapakah gaji yang diterima oleh Malik Kassim ini sehinggakan memaksa beliau berdiam diri melihat anak-anak Melayu meneguk arak dengan bebas di Pulau Pinang?

PAS yang berimejkan Islamik juga takut menegur kepimpinan DAP Pulau Pinang.

Mengapa??

Mengapa Hal Ehwal Islam di P.Pinang diberikan kepada PKR tetapi tidak kepada PAS?

Kerana DAP lebih mudah berkompromi dgn PKR berbanding PAS.Pada hakikatnya DAP tidak mempercayai PAS, sebab itulah DAP cukup menentang negara Islam PAS sehingga memaksa PAS menukar ke slogan Negara Berkebajikan.

Jika dahulu di Selangor, terdapat juga larangan menjual arak dikawasan Melayu bila exconya, Hassan Ali cuba membanteras gejala itu. Namun akibat banyak sangat halangan yang diterima DAP melibatkan Hassan Ali, akhirnya PAS bersekongkol bersama DAP memecat ahlinya sendiri tanpa diberikan peluang membela diri.

Apakah Kerajaan pimpinan DAP benar-benar menitik beratkan pasal Islam di Pulau Pinang??

Gambar dibawah ialah bukti Kerajaan Negeri membenarkan & meluluskan penjualan arak di Pulau Pinang..

Lihat bukti dokumen cetakan rasmi seperti di atas.

Dipentas-pentas ceramah PAS, Lim Guan Eng kononnya ingin mencontohi cara pentadbiran Umar Abd Aziz & PAS terus melebel Lim Guan Eng sebagai Kalifah Umar.

Namun itu hanyalah wayang semata-mata. Teknik pikat hati orang Melayu dalam PAS bukannya susah sangat.. cuma perlu bercakap Bahasa Melayu, berpura-pura jadi Islamik walaupon tidak Islamik. sudah boleh mendapat gelaran Khalifah Islam.

Sebelum ini, terdapat juga promosi arak yang dilancarkan Kerajaan Negeri P.Pinang.

Inilah petandanya kerajaan Negeri P.Pinang tidak sensitif kepada masyarakat Islam disini.

Begitu juga dengan konsert arak di Batu Feringgi yang pernah menjadi panas seketik, namun exco hal Ehwal Islam juga tidak mampu menegur kepimpinan Kalifah Umar Abdul Aziz ini.!

DAP terus menerus melalaikan umat Islam di Pulau Pinang dengan penjualan arak yang semakin hari semakin berleluasa.!

No comments:

Post a Comment