Tuesday, 26 February 2013

CHE TA SAHKAN AKAN NIKAH ZAIN JULAI INI.... ZAIN TERKEJUT....!!!


Akhirnya setelah lama berdiam diri mengenai hubungannya bersama Zain Saidin, Rozita Che Wan hari ini menerusi Harian Metro mengesahkan bakal bernikah dengan kekasihnya itu pada bulan Julai ini. Pastinya Zain Saidin sedang tersenyum lebar mendengar pengakuan daripada Rozita Che Wan ini.


rozita dan zain

Kalau selama ini hanya Zain yang tampil meluahkan perasaan cintanya terhadap Che Ta, kali ini Che Ta mengambil peluang untuk memuji keromantikan Zain. Kata Che Ta:-
Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa saja boleh meluahkan perasaan cinta tetapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya. Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya.
zain dan rozita

Sementara itu Zain Saidin yang ditemui menyatakan rasa terkejutnya atas pengakuan Rozita Che Wan ini dan tidak menyangka mereka berdua akan bernikah seawal ini. Kata Zain:-
Memang sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat ini tetapi apa pun kami akan berbincang lebih lanjut mengenai tarikh yang sesuai. Memang bermacam perkara yang perlu dibuat dan dirancang untuk bekahwin. Sudah tentu majlis perkahwinan kami ini membabitkan ramai pihak dan kami perlu merancang sebaiknya.
Nampak gayanya perkahwinan Rozita dan Zain ini bakal menjadi salah satu wedding of the year. Pasti ramai yang tak sabar menunggu kehadiran bulan Julai. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan buat Zain dan Rozita atas berita gembira ini. Selamat membuat persediaan untuk bergelar pengantin.

No comments:

Post a Comment