Wednesday, 20 February 2013

BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN YANG SEDANG DALAM BAIK PULIH RUNTUH LAGI...???


TERKINI : Runtuh lagi.... Gambar di ambil dari jarak dekat. Dikhabarkan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu yang sedang dalam proses baik pulih, telah runtuh pagi tadi dan ada pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja di situ mengalami kecederaan. 


Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.





No comments:

Post a Comment