Tuesday, 22 January 2013

USTAZ HARON DIN BAKAL DI TENTANG OLEH USTAZ FATHUL BARI DI ARAU, PERLIS...???

Blog pro pembangkang mengatakan bahawa... UMNO sangat takut dengan ramalan Tun Daim Zainuddin  yang mengatakan bahawa PRU 13, BN hanya akan menang 3 buah negeri je..


Maka mereka pun menulis.......
Ini maknanya Perlis juga mungkin tumbang.
Jadi blogger pencacai dikerah untuk terus serang kredibiliti Dr Harun Din. Kononnya Dr Harun Din akan keluar PAS. Demer nak buat penyokong Dr Harun Din sangsi terhadap keikhlasan perjuangan ulama ini dalam PAS.
Kenapa?
Kerana kajian demer mendapati pengaruh Dr Harun Din amat kuat di Perlis, khususnya di Arau. Penyokong PR di Arau adalah penyokong tegar yang sukar digugat. Bukan itu sahaja bilangan penyokong tegar ini telah bertambah!
Sudah sah UMNO akan letak Us. Fathul Bari untuk menentang Dr. Harun Din di Arau.
Tetapi kedudukan Fathul Bari tidak menonjol di Arau berbanding Dr Harun Din. Tapi dia perlu kemenangan ini demi masa depan periok nasinya!
Sasaran sekarang ialah pengundi atas pagar!
Pengundi atas pagar ini wajib ditarik supaya menyokong UMNO. Caranya ialah dengan menggoncang kredibiliti Dr Harun Din sebagai pemimpin PAS.


Lihat perkataan 'sudah SAH UMNO akan letak Us. Fathul Bari utk menentang Dr. Harun Din di Arau'. 

Depa lebih terror nampaknya menetapkan calon-calon UMNO yang akan menentang calon-calon depa....!!!

Pengesahan dapat dari mana tu Yong oiiii......????!!!

No comments:

Post a Comment