Monday, 7 January 2013

SURATAN TAKDIR SEORANG ISTERI ........


KISAH 1 :

DIBELASAH HANYA KERANA LAMBAT BEBERAPA MINIT

Kajang : Angkara lambat beberapa minit mengambil suaminya yang mabuk pulang ke rumah, seorang isteri terpaksa menanggung derita selepas ditumbuk dan dipukul dalam kejadian di Kajang Utama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 32 tahun, mengalami bengkak mata kanan, lengan dan badan selepas ditumbuk, dipukul dan ditendang suaminya itu.

Difahamkan, wanita beranak tiga itu sering menjadi mangsa suaminya yang berusia 30-an ketika dalam keadaan mabuk dan mereka juga kerap bertengkar.

Menurut sumber, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang kelmarin., akibat tidak tahan lagi dipukul hingga mendatangkan kecederaan selain turut dipukul di depan anak-anak.


Katanya, ketika kejadian, mangsa lambat mengambil suaminya yang mabuk di depan sebuah kelab di ibu kota kerana ada urusan kerja.


KISAH 2 :

TANGAN KIRI PATAH AKIBAT HALANG SUAMI HONEYMOON DENGAN ISTERI BARU

Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 29 tahun menghalang suaminya pergi bercuti dengan isteri barunya mengundang padah apabila tangan kirinya patah akibat dihentak dengan kerusi oleh lelaki terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Tasik Selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa dilaporkan menghalang suaminya berusia 33 tahun yang sedang mengemas pakaian untuk pergi bercuti dengan isteri barunya itu di utara tanah air menyebabkan berlaku pertengkaran.

Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang pulang ke rumah terkejut selepas melihat suaminya itu sedang mengemas pakaian.


BP :  Sekadar memaparkan 2 insiden terkini yang berlaku di dalam dunia realiti kehidupan di sekeliling kita hari ini untuk kita fikirkan bersama. BP percaya, banyak lagi kejadian yang lebih sadis dari kisah di atas yang tidak dipaparkan di media..... Malah bukan setakat isteri di belasah suami, suami di belasah isteri pun ada juga kot!


No comments:

Post a Comment