Thursday, 24 January 2013

SELAMA 70 TAHUN JEMAAH MASJID SOLAT SALAH KIBLAT.....???!!!



Setelah hampir 70 tahun, sebuah masjid di Bukit Baru dikesan salah arah kiblat. Masjid tersebut, Masjid Al-Ehsan terpesong lebih kurang 10 cm dari arah sebenar kiblat. Keadaan ini disedari hanya selepas masjid tersebut menerima sumbangan untuk diubahsuai.
Sabtu Kina, Imam masjid tersebut berkata, kesilapan ini hanya disedari oleh pelukis pelan baru-baru ini. Perkara ini juga mendapat perhatian yang serious daru Majilis Agama Islam Melaka.

sembahyang salah arah kiblat selama 70 tahun
Walaubagaimanapun, jemaah masjid Al-Ehsan telah membetulkan perkara tersebut dan penanda telah dipasang di dalam masjid itu dan mereka menggunakan pita penanda sebagai rujukan arah kiblat yang betul. Sabtu berkata, beliau telah menjadi Imam di masjid tersebut selama 17 tahun dan tidak pernah terfikir bahawa kesilapan begitu akan terjadi. Masjid tersebut telah dibina sejak 1940 dan memang tidak pernah terlintas bahawa arah kiblat masjid tersebut akan terpesong sejak sekian lama.
Pada masa yang sama, beberapa jemaah masjid Al-Ehsan berkata, arah kiblat di semua masjid perlu disemak semula terutama di masjid-masjid lama.
Walabagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka berkata, jemaah masjid Al-Ehsan tidak perlu risau berkenaan situasi ini kerana perkara ini sudah diperbetulkan dan solat mereka yang sebelum ini adalah sah kerana ia adalah perkara yang tidak disengajakan. Dato’ Yaakub juga menambah, yang penting dalam menunaikan solat adalah niat.


‘Oleh kerana masjid ini adalah masjid lama, maka kesilapan begini biasa berlaku. Zaman dahulu tidak seperti zaman kini yang mana kita mempunyai banyak peralatan canggih. Namun begitu, solat terdahulu oleh jemaah Masjid Al-Ehsan adalah sah selagi perbuatan salah mengadap kiblat tersebut tidak diketahui. Kalau kita tahu salah tapi masih juga bersolat di arah yang salah arah kiblat, maka barulah solat itu tidak sah’.
Dato’ Yaakob juga berkata bahawa Islam tidak terlalu rigid mengenai arah kiblat seorang muslim. Dalam pelbagai situasi seperti bersolat di atas kapal laut yang senantiasa berubah arah kiblat, maka solat itu juga adalah sah.

No comments:

Post a Comment