Jabatan Meteorologi SEMBUNYI Fakta RIBUT 'SONAMU' Landa Pantai Timur MALAYSIA ..?
Informasi yang berkaitan perkara ini telah berlegar rancak di laman Facebook. Iaitu Ribut yang digelar 'Sonamu' Dijangka melanda pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagaimana ilustrasi gambar di atas dan dibawah. Ribut tersebut dijangka bergerak pada kelajuan 70km/jam dan dijangka tiba di perairan dan daratan Bermula 7-8 Januari 2013.
Pada kelajuan tersebut, kesan ketara boleh dilihat pada perubahan ketinggian ombak dan air pasang besar serta jumlah hujan yang LUARBIASA namun diharapkan langkah PERLU telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menghadapinya. Pemikir mengharapkan laporan Telus dari jabatan Meterologi agar rakyat bersedia secukupnya untuk menghadapai keadaan buruk Sekiranya benar. Apa pun mohon kesahihan berita ini di SAHkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
Telah beberapa kali cuba membuka laman http://www.met.gov.my/ tetapi kecewa. Apa pun berusahalah merujuk jabatan meterologi Malaysia untuk perkembangan dan laporan berita yang lebih tepat.
http://www.hurricanezone.net/tcgraphics/wp0113.gif?1357488505
Diharap pihak berwajib dapat mencerahkan perkara ini kerana 'rumors' ini telah berlegar rancak di laman sosial facebook.
BP : Jabatan Metereologi Malaysia hanya beri Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) atau hujan luarbiasa akan landa negeri-negeri Pantai Timur...tak sebut pun pasal ribut ni..????
Adalah dimaklumkan...
ReplyDeleteAmaran SONAMU telah ditarik balik oleh MKN...
PETALING JAYA: Majlis Keselamatan Negara pada Selasa mengumumkan bahawa ribut Sonamu tidak dijangka melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan Jabatan Meteorologi, majlis itu berkata bahawa amaran hujan lebat dan angin kencang telah ditarik balik pada pkul 8.35 malam, Isnin.
Bagaimanapun jurucakap majlis itu berkata mereka masih memantau perkembangan di Terengganu, Pahang dan Kelantan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di sepanjang pantai," katanya.
Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca boleh diperolehi dari laman web atau talian hotline (03-79678116).
* Sumber mStar Online