Friday, 18 January 2013

PELACUR CHINA TAK NAK BALIK CHINA....!!!!

prostitution, desa mentari, police raid
Ehh! Malu pulak......

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah bahawa hanya 66,682 orang warga asing di negeri Sabah telah diberikan kewarganegaraan sejak pembentukan Malaysia.

Angka tersebut, kata Timbalan Pengarah bahagian kewarganegaraan JPN, Nik Norashikin Nik Mansur, telah dikumpulkan dalam tempoh 50 tahun - dari tahun 1963 hingga Oktober 2012.

Menariknya, negara asal majoriti mereka ini disenaraikan sebagai Malaysia.

Ditanya mengapa sesetengah daripada 38,000 pemohon yang diluluskan itu mendakwa diri mereka sebagai berasal dari Malaysia, Nik Norashikin menjelaskan bahawa banyak daripada mereka tidak mempunyai negara asal lain.

"Sebagai contoh, ramai daripada mereka sebenarnya anak-anak pendatang yang dilahirkan di Malaysia, oleh itu mereka menyenaraikan diri mereka sebagai berasal dari Malaysia," katanya.

Menurut statistik, kumpulan kedua terbesar adalah pendatang dari China kira-kira 13,000 orang, diikuti dari Indonesia kira-kira 7,000 dan seterusnya dari Filipina.


PELACOR CHINA TAK MAHU BALIK KE CHINA


Polis mendapati faktor bahasa dan pemakanan yang tidak jauh berbeza antara negara China dan Malaysia menjadi punca lambakan pelacur warga China menjadikan negara ini sebagai destinasi kerjaya maksiat "freelance" mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pelacur warga Republik China bertutur dalam Mandarin dan ini memudahkan mereka untuk bergaul dengan masyarakat Cina di negara ini serta makanan di negara ini juga hampir sama dengan tempat asal mereka. 


"Ada dua taktik pertama iaitu mereka akan menggunakan ejen atau sindiket untuk bawa mereka masuk tetapi apabila mereka dah duduk sini mungkin dalam setahun, dah tahu kawasan, mereka akan gunakan pula taktik kedua iaitu dengan berpatah balik tanpa melalui sindiket.

“Mereka berani dan tidak ada masalah untuk datang secara sendiri kerana mereka dah tahu nak pergi mana, bekerja di mana, tahu sistem pengangkutan di Malaysia contohnya turun di LCCT, naik bus RM9 pergi ke KL Sentral kemudian naik teksi ke Pudu dengan kos RM20, sebelum menetap di rumah yang sebelum ini mereka pernah duduk seterusnya kembali menjalankan kegiatan pelacuran,” katanya.

“Mereka sebenarnya cuba mengaburi pihak berkuasa contohnya ketika berada di pintu masuk utama Imigresen, Imigresen tengok mereka pegang visa pelajar dan tengok mereka sebagai pelajar sahaja dan beranggapan budak ni nak belajar jadi tidak akan tanya banyak soalan sebaliknya kalau tengok mereka sebagai pelancong, Imigresen mesti akan tanya nak pergi mana, duduk hotel mana, dan sebagainya,” katanya.

prostitution, desa mentari, police raid

Statistik terkini Unit Pencegahan Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman pada Januari hingga 15 Feb menunjukkan  warga China kekal mencatatkan tangkapan tertinggi bagi tiga tahun berturut-turut iaitu pada :

2009 ( SERAMAI 5,753); 
2010 ( SERAMAI 6,378) dan 
2011 ( SERAMAI 5,922).

Bagaimanakah pula pelacor-pelacor China yang tidak dan belum ditangkap? Apakah perlu didiamkan sahaja atau diRCI kan juga? Siapakah YB Pakatan Rakyat yang memiliki Rumah Urut di utara sana?

(Laporan Asal di Bernama, dipetik di Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment