Kuala Lumpur 2 Dis - Bendera Republik Malaysia yang diberikan Sang Saka Malaya telah dikibarkan dilandasan LRT Masjid Jamek. Tindakan biadap ini telah dilakukan oleh seorang yang bergelar Mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia.
Identiti Mahasiswa ini telah dikenalpasti dan dia merupakan Alumni Universiti Sains Malaysia yang sedang menyambung Master di UPM. Mohd Haizal ini juga merupakan seorang jurulatih PLKN di Kem Paya Indah dan berasal daripada Kg. Sungai Manila Sabah.
NAMA: Mohd Haizal
ASAL: Kg. Sungai Manila, Sabah
PENDIDIKAN : Graduan USM di pusat pengajian seni
PEKERJAAN : jurulatih PLKN
Azam tahun baru yang dikeluarkan di Facebook miliknya sendiri ingin gulingkan Sultan. Beginikah cara seorang jurulatih PLKN yang diamanahkan untuk menerapkan nilai Patriotisme dalam kalangan pelatih PLKN namun cuba menghuru-harakan negara dengan menggulingkan Sultan sebagai Ketua Negara dan Ketua Agama Islam.
Pihak PLKN telah mengetahui mengenai perkara ini namun tidak mengambil sebarang tindakan terhadap orang biadap ini yang cuba merosakkan akidah pelatih PLKN. Mohd Haizal ini juga telah dikesan kerap menyertai perhimpunan yang telah dianjurkan pembangkang yang membawa agenda membenci Kerajaan sedia ada.
Inikah contoh orang yang ingin menerapkan nilai Patriotisme untuk menyayangi negara sedangkan dalam masa yang sama cuba menggulingkan negara dan membawa pelatih PLKN membenci dan memberontak terhadap kerajaan. Seorang Mahasiswa yang berpelajaran tinggi namun tidak menggunakan segala kelebihan yang ada untuk membuat kerja-kerja yang lebih baik daripada cuba menimbulkan ketidakamanan dalam negara.
BP : Inilah duri dalam daging, musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, perosak bangsa dalam kerajaan yang perlu dihapuskan!!!
BANGSAT NI MAU DI PANAH PETIR AJE.....!!!
ReplyDeletePls laaa kerajaan, tengok2 la mende ni, peka la....!!!
ReplyDeletesalam perjuangan. Blog ini telah dipautkan. Mohon budi baik utk buat pautan semula.
ReplyDeleteapple-biru.blogspot.com
tkiu..