Friday, 4 January 2013

NIK AZIZ PEGANG KUNCI SYURGA, AZHAR IDRUS PEGANG KUNCI NERAKA.....!!!!

SAYA tertarik untuk mengulas mengenai "tarbiyyah" seorang ustaz "glamour", Ustaz Azhar Idrus, yang cukup popular di kalangan para pengikut Pakatan Haram, khususnya para penganut ajaran PAS yang suka menyimpan cd-cd karutnya.


Baru-baru ini Ustaz Azhar mengeluarkan fatwa terbaru yang mengatakan bahawa pihak kerajaan sedia ada dan para penyokongnya akan menjadi penghuni neraka kerana meluluskan lesen judi dan arak di negara ini.

Begitulah lebih kurang bunyinya "ceramah" yang disampaikan oleh "ustaz selebriti" itu dan fatwa itu begitu megah dicanang oleh puak-puak PAS dengan menuding jari kepada lebih tiga juta ahli UMNO yang dikatakan bakal menghuni neraka!



Saya tertanya-tanya, sejak bila neraka Allah itu dipindah milik menjadi kepunyaan Ustaz Azhar Idrus? Bila dia beli dari malaikat penjaga neraka, Malik? Berapa harga neraka yang dibayar Azhar Idrus? Atau dia hanya menghukum sesuka hatinya saja?

Pada saya, tidak semestinya Azhar Idrus berkopiah, popular di Youtube dan menyokong PAS maka dia diberi hak milik neraka kepadanya. 

Neraka itu bukan milik Azhar Idrus dan penghuninya bukannya ditentukan oleh ustaz itu.

Jadi, dia tidak punya hak untuk menuding jari kepada mana-mana pihak sekali pun untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Dari hujahnya yang mendakwa kerajaan yang meluluskan lesen arak akan dimasukkan ke dalam neraka, bagaimana pula dengan kerajaan PAS dan Pakatan Haram di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor?

Apakah semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan para Exco Pakatan Haram di negeri-negeri itu akan turut dimasukkan ke dalam neraka? Seingat saya, Menteri Besar Kelantan mendakwa memiliki "tiket ke syurga"..!

Di Kelantan, bukan saja lesen judi, malah lesen arak, pusat hiburan dan maksiat dikeluarkan tanpa rasa bersalah sedikit pun. Malah Nik Aziz yang sebelum ini mengharamkan hasil dari sumber tidak bermoral itu telah berpusing 360 darjah dengan menghalalkan sumber pendapatan tersebut.

Bagaimana Azhar Idrus yang hanya bertaraf seorang "ustaz" mampu menewaskan seorang "Mursyidul Am" sebuah "agama" yang dianuti puak-puak PAS?

Di Kedah pula, Kerajaan PAS Kedah tidak menang tangan menerima permohonan dan telah meluluskan puluhan pusat hiburan, premis menjual minuman keras dan pusat-pusat maksiat yang seumpamanya.

Azizan Razak pun penghuni neraka, kah?

Tak payahlah sebut di Selangor dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ditadbir oleh "Khalifah" Guan Eng, tapi negeri kecil itu sangat terkenal dengan pusat-pusat maksiat, hiburan tanpa had dan dipenuhi dengan pusat-pusat urut bertaraf antarabangsa.

Di Selangor pula kini boleh dikatakan hampir menyerupai Danok di Thailand. Boleh dikatakan Selangor kini lebih dikenali sebagai "Darul XXX". Apakah seluruh kepimpinan Kerajaan Pakatan Haram Selangor akan masuk neraka juga?

Saya fikir Ustaz Azhar perlu berhati-hati dalam menyampaikan ceramah "politik"nya. 

Tidak salah berceramah politik, tapi kalau sampai mempergunakan hukum hakam dan membuat seolah-olah syurga neraka itu miliknya maka ia adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar, bukan?

Sumber: Perak Today

No comments:

Post a Comment