PETALING JAYA : Selain mengutuk keras, pengguna Internet bertindak menghasilkan video seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merampas mikrofon daripada seorang pelajar universiti kepada versi melucukan berserta lagu dan alunan remix.
Pengguna Internet mengejek tindakan pemimpin tersebut yang mengulangi perkataan 'Dengar' sebanyak tujuh kali untuk menghalang pelajar itu dari terus bercakap dan membandingkan isu yang dibangkitkan seperti sistem pendidikan percuma, demonstrasi jalanan kepada masalah dialami haiwan. "Ikan yu pun ada masalah.
"Anda pernah makan sirip ikan yu sebelum ini? Adakah anda pernah melihat bagaimana orang membuang ikan yu semula ke dalam laut supaya mati. Lihat, bagaimana manusia lebih tamak daripada ikan yu?," kata Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam video berdurasi selama 24 minit itu.
Penyanyi kontroversi, Namawee antara mereka yang tampil dengan sebuah parodi bagi video tersebut.
Manakala, pengguna lain menyiarkan video tersebut dalam versi alunan remix bertajuk “Listen! Listen! When I Speak, Listen!”
Video asal insiden itu dimuat turun di laman sosial YouTube minggu lalu, menunjukkan Sharifah yang juga speaker jemputan sebuah forum anjuran Universiti Utara Malaysia pada 8 Disember lalu menyampuk seorang pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Bawani KS.
Sharifah memberitahu Bawani supaya meninggalkan negara ini jika tidak gembira berada di Malaysia.
"Jangan bandingkan Malaysia dengan negara lain. Jika anda bandingkan, apa yang anda lakukan di Malaysia?
"Pergi ke Cuba, Argentina, Libya, atau ke mana saja. Kerana anda tahu kenapa? Semua pelajar di dewan ini gembira dengan apa yang kerajaan beri kepada mereka," kata Sharifah kepada para pelajar di dalam video itu.
Ketika dihubungi, Bawani, 27, yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Undang-Undang berkata, speaker jemputan menjanjikan sesi soal jawab selepas forum tetapi tidak membenarkan lebih daripada dua soalan.
"Saya tidak bersetuju dengan beberapa pandangan yang disuarakan oleh speaker dan ingin berkongsi pendapat saya. Namun, dia menyampuk ketika saya bercakap dan berkata saya biadap," katanya.
Video tersebut turut menarik perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang menghubungi Bawani.
"Sekiranya speaker tidak bersetuju dengan Bawani, dia tidak harus meninggikan suara dan menghinanya," kata Saifuddin.
Di Twitter, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyangkal dakwaan bahawa SW1M dikaitkan dengan Barisan Nasional dan berkata, beliau tidak pernah mengetahui mengenai kumpulan itu.
"Sila dengar saya, wanita tersebut tidak mewakili Barisan," katanya.
budak nie lebih bijak kalau kita compare dgn menteri2 BN yg ada dlm Malaysia...
ReplyDeleteTakkan la benda senang camni pun Najib xbleh pikir? Mana la dia letak kepala hotak dia???
hahahahaha
ReplyDeletesejak bila plak budak ni lebih bijak?
ooo dah rupanya memang geng sosialis patut la tetiba macam anjing jer
http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/01/video-mahasiswi-sosialis-kena-gigit-so.html
kesimpulannya, Pas dan PR sokong sosialis termasuklah mahasiswa