GEORGE TOWN, 9 JAN: DAP sudah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi serta akhbar kawalan UMNO iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times atas dakwaan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar berkenaan pada 8 Januari 2013.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari, berkata beliau bagi pihak DAP membuat laporan itu terhadap Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan berita bertajuk “DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?”.
Katanya, dakwaan liar bahawa DAP mempunyai rancangan untuk “mencetak 100,000 naskhah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Laporan Berita Harian yang bertajuk “DAP didakwa mahu edar 100,000 Bible Melayu” pula mengulangi dakwaan itu, serta melaporkan bahawa Dr Mohd Puad Zarkashi telah “mendakwa menerima maklumat itu daripada sumber sahih tapi enggan mendedahkannya.”
Dalam laporan New Straits Times yang bertajuk “Bible move a ploy to win votes”, Dr Mohd Puad dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di Putrajaya bahawa “The opposition party is planning to print at least 100,000 copies of the Holy Book and will be distributing it for free in several states, including Kedah and Kelantan.” (Terjemahan: Parti pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000 naskhah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Kelantan.)
Zairil berkata, dakwaan Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam ketiga-tiga akhbar tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Ia merupakan fitnah jahat yang bertujuan untuk menghasut sentimen perkauman dan agama, serta untuk membangkitkan kebencian terhadap DAP di kalangan rakyat yang beragama Islam.
Sepertimana yang sudah ditekankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya semalam, DAP bukan parti yang berkait dengan mana-mana agama. Pendirian parti menganggap agama itu adalah hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan. Tambahan pula, DAP tidak mempunyai sumber kewangan atau keupayaan untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia seperti yang didakwa.
Menurutnya, memandangkan Dr Mohd Puad serta akhbar terbabit tidak menarik balik dakwaan liar mereka atau menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP semalam, maka tindakan untuk membuat laporan polis telah diambil. Justeru, kami berharap dan memohon agar pihak polis mengambil tindakan menyiasat segera ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam penaburan fitnah yang bahaya ini. – Roketkini.com
elok la zairil ko balik agama datuk nenek kau sembah patung. kalau cina babi hutan, ko tetap seekor babi hutan wpun pkai bulu merak !!!
ReplyDeletenama Melayu mamat ni sekadar topeng jee...
Delete