Sunday, 27 January 2013

KEGILAAN CACAH TATU DI BAHAGIAN SULIT...



Kota Kinabalu : Memalukan apabila segelintir remaja Islam di bandar raya ini, termasuk pelajar sekolah, tidak mengendahkan larangan agama yang mengharamkan cacahan tatu pada mana-mana anggota tubuh, sebaliknya melakukannya untuk tujuan suka-suka berikutan dipengaruhi rakan sebaya.
Trend itu jika tidak dibendung pihak berkuasa dan institusi kekeluargaan dikhuatiri boleh merosakkan akidah remaja terbabit kerana ia perbuatan zaman jahiliah selain boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Lebih membimbangkan, remaja berkenaan bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga, terutama ibu bapa, apabila mencacah tatu di bahagian sulit seperti payudara dan ari-ari.

Siasatan Metro Ahad mendapati ada gadis Islam berusia antara 17 hingga 30 tahun mengenakan tatu di badan sebagai hiasan kerana beranggapan ia unik dan menarik selain dianggap simbol seks.
Seorang remaja yang mahu dikenali sebagai Laila, 19, mengakui tertarik memiliki tatu selepas melihat pelbagai gaya dan lakaran tatu pada tubuh rakannya - mymetro

No comments:

Post a Comment