Friday, 11 January 2013

INILAH PADAH IZINKAN KRISTIAN GUNAKAN KALIMAH ALLAH....!!!


Kalimah Allah - Belajarlah dari Indonesia

Aku cuma nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Pengalaman ini aku kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya.

Di Indonesia, kalau kita baca surat khabar sana nanti anda slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yg mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecil “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek kita dibuatnya ... wakakaka … mungkinkah ini akan juga terjadi dinegara kita ini dimasa akan datang ...?

Di Jakarta, kalau nak beli buku2 agama kena hati2 ... Aku dulu pernah survei buku kat kedai buku di Blok M ... Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” ... bila buka2 browsing per helai aku mula confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia ... Aku tengok balik lah ... ayat2 kutipan dari Bible ... terpinga2 aku dibuatnya … lahh, buku dakwah Kristian rupanya …. risau juga kalau jadi camni kat Malaysia, negara tercinta kita ini nanti ….

Di tengah tengah kota Bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan “rumah allah”… Aku percaya, macam2 lagi isu akan timbul lepas ni selepas Pas & Pkr merestui nama Allah ditulis dalam Bible itu ..... cuba hayati senikata lagu Agnes Monica ini ..... anda pasti akan faham ....

(Rakan facebook)

BP : Mahukah perkara seperti di atas terjadi di Malaysia....??? Mahukah keturunan anak bangsa kita keliru dengan agama mereka..??? Siapakah yang akan mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam di negara kita..... DAP..???!!!

No comments:

Post a Comment