Tuesday, 15 January 2013

INA KENA CERAI, BADRUL AMIN PILIH ZATI WANI JADI ISTERI KEDUA....???


SMS yang sampai kepada kami, mengatakan pemimpin PKR yang memberi kaunseling kepada isteri orang dalam sebuah bilik hotel di Kuantan pada jam 3:00 pagi, Badrol Amin Baharom, telah melafazkan cerai terhadap isteri keduanya yang dikenali sebagai INA pada 13 Januari 2013 jam 9:00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang.

Isteri kedua Badrol Amin Baharom itu lebih dikenali sebagai Inafiona dan dikatakan enggan menemani Badrol Amin ketika pemimpin PKR yang gemar berlagak sebagai ustaz dan orang alim-alim itu disiasat JAIP kerana berkhalwat dengan isteri orang.



Pada Februari 2012, Badrol Amin telah menggemparkan negara apabila mendakwa dia telah diperangkap oleh UMNO sehingga tertangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel mewah di Kuantan. Menurutnya lagi, tangkapan tersebut turut membabitkan suami kepada wanita yang berada di dalam bilik hotel bersama-samanya pada jam 3:00 pagi.

Dalam insiden terbabit, Badrol Amin mendakwa dia telah ditampar dan diterajang, meskipun tiada sebarang kesan lebam atau kecederaan padanya.

Menurut SMS itu lagi, adalah difahamkan, Badrol Amin terpaksa menceraikan Inafiona bagi membolehkan dia menikah dengan Zati Iwani, isteri orang yang ditangkap khalwat dengannya di Kuantan Februari 2012.

SUMBER : theflyingkick

No comments:

Post a Comment