Monday, 21 January 2013

FITNAH!....FITNAH!....DAN FITNAH!....'NIK AZIZ' PUN TERROR MEMFITNAH...???


Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… Kemudian  disertakan  dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka  sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan.




Walau bagaimanapun setiap tipu muslihat itu akan ada kecacatannya. Terdapat beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan  dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…





Pertama, surat dirujukkan kepada unit PEMANDU… Apa dia  unit PEMANDU dan apakah fungsi sebenarnya  unit PEMANDU itu?,
Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan @ PEMANDU ditubuhkan dengan rasminya  pada 16 September, 2009 yang  merupakan satu unit di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.
Pengerusi bagi PEMANDU ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan   Prestasi. Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Sri Idris Jala. 
Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta. PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri. 
Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam.

LIHAT… Di sini terdapat satu kecacatan yang terdedah… Fungsi PEMANDU tidak ada kena mengena langsung dengan isu bible Bahasa Melayu … Jelaslah bahawa  ianya satu bentuk fitnah…Fitnah yang menjadi satu makanan ruji pembangkang di Malaysia.

Sementara itu kepala surat juga terlalu ringkas yang hanya mempunyai jata negara dan perkataan Prime Minister Malaysia… Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain mempunyai jata negara, ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan surat tersebut.

Manakala kecacatan yang lain ialah  tulisan tangan ‘Dear Bishop Ng,’, seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan dengan menulisnya secara tulisan tangan. Adakah beginikah bentuk-rupa Surat Rasmi seorang Perdana Menteri? Dan ditambah lagi dengan perkataan ‘Dear Bishop Ng,’ yang amat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi… Sepatutnya digunakan ‘Attn: Bishop Ng’. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat perkataan ‘Yours sincerely,’ ataupun ‘Yours truly.’; juga teramat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ia biasa digunakan dalam surat tidak rasmi. Kebiasaannya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan diletakkan motto sebagai contoh, ‘Majulah Sukan Untuk Negara’, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, ‘Berkhidmat Untuk Negara’ dan diikuti dengan ‘Saya Yang Menurut Perintah’ yang menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam menjalankan tugas.
'

Lihat salah satu contoh surat rasmi di bawah…



Jelas sekali surat yang didakwa dari Datuk Seri Najib itu merupakan  satu rekaan fitnah semata-mata… Tujuannya hanya satu, untuk membuat korner baring yang terbaring-baring terguling-guling diatas isu penggunaan kalimah Allah dalam bible… Ia bertujuan  mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan pemimpin parti tersebut. Maka dengan cara ini, rakyat akan mengalihkan perhatian dari isu penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh oleh Pakatan Rakyat. Betapa hinanya puak-puak ini terutamanya Pas yang sedang bersilat sesama sendiri. 

Credit : Megat Panjialam / my massa

No comments:

Post a Comment