Wednesday, 2 January 2013

DOKUMEN CINCIN - DEEPAK BAKAL BERTUMBUK DENGAN RAFIZI..???


Rafizi Ramli hari ini mengeluarkan dokumen yang kononya menyatakan dokumen pembelian cincin oleh Deepak buat Rosmah Mansor. Meh layan dokumen tersebut dibawah ni.

 1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;



Dibawah dokumen tersebut tertera Datin Mansor Rosmah yang mana atas sebab dokumen yang kabur inilah Rafizi Ramli menyatakan Rosmah Mansor menerima cincin dari Deepak Jaikishnan.Malah Rafizi sendiri tidak pasti apakah Liona Wan merupakan kakitangan syarikat tersebut ataupunsebaliknya. Namun demikian apa yang benar benar dimainkan Rafizi Ramli PKR ini adalah tulisan BIRU dibawah sekali dengan ayat....... Baca di sini

TETAPI.... Deepak menafikan mengenai pendedahan tersebut....!!!

deepak

Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini menafikan dokumen urusniaga pembelian barangan kemas yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebagai milik beliau.
"Secara jujurnya, saya tidak mengetahui apa-apa yang dia (Rafizi) katakan. Saya tidak tahu dokumen apa yang didedahkan dan saya tidak pernah melihatnya," kata beliau pada sidang media di sini.

Rafizi sebelum ini telah mendedahkan salinan dokumen yang diperolehi beliau dari pihak ketiga yang menerimanya daripada Deepak.

Bagaimanapun, Deepak tidak menafikan nama-nama syarikat yang tertera di dalam dokumen iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd adalah milik beliau.

"Saya miliki syarikat-syarikat itu tetapi saya tidak memiliki dokumen tersebut... dokumen itu bukan dokumen saya," tegas beliau.

Deepak juga mendakwa tindakan Rafizi itu hanya untuk kepentingan politik dan bertentangan dengan prinsip beliau yang hanya ingin mendedahkan kebenaran.

"Jangan gunakan perjuangan saya menegakkan kebenaran untuk kepentingan politik... saya tidak akan menghargainya," katanya yang jelas kecewa dengan pendedahan dibuat oleh Rafizi pagi tadi.

BP  :  Siapa yang menjadi kambing hitam sebenarnya...?

No comments:

Post a Comment