Saturday, 26 January 2013

AWAS !!! KEDAI GUNTING RAMBUT, PELUK-PELUK, SAYANG-SAYANG, URUT-URUT...!!!!


Cabaran dunia moden hari ini yang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dunia global tanpa sempadan, namun masih tidak mampu membendung citarasa, keinginan dan nafsu yang telah menguasai jiwa...... Mungkin sebab itulah, pusat-pusat hiburan, rumah-rumah maksiat dan aktiviti persundalan juga semakin pesat berkembang walaupun serbuan demi serbuan, denda demi denda telah dilakukan oleh pihak yang berwajib. Tidak ada keperluan rasanya untuk menyalahkan pihak-pihak berkenaan kerana ujudnya jalinan dan rangkaian perniagaan itu kerana ADA PERMINTAAN. 

Mungkin kerana serbuan yang semakin kerap dilakukan, terdapat premis perniagaan tersebut telah dimodenkan dengan menukar 'strategi' perniagaan mereka. Ikuti selanjutnya.....

 Ipoh: “Mau manja, mau peluk, mau sayang-sayang, semua ada di sini!” pujuk wanita warga emas dikenali sebagai Rina, 58, yang juga tukang gunting rambut di premis di Jalan Theatre, di sini. 
Wartawan Harian Metro yang melakukan penyamaran mendapati sekurang-kurangnya lima salun di kawasan itu menawarkan perkhidmatan sampingan iaitu belaian dan urutan manja dengan harga sama iaitu RM20 bagi sesi sejam atau RM10 bagi sesi selama setengah jam. 
Kebanyakan kedai gunting terbabit cuba mengaburi aktiviti sebenar apabila menggunakan cermin gelap pada pintu hadapan premis selain meletakkan bangku menggunting rambut usang. 
Sebaik memasuki kedai terbabit, wartawan segera disapa penuh mesra oleh pekerja terbabit yang bertanya sama ada wartawan mahu menggunting rambut atau terus ke ruang sofa disediakan untuk dilayan manja persis ‘raja’. 
Kelihatan beberapa pekerja dalam kedai itu mengalu-alukan kedatangan wartawan memandangkan saingan daripada beberapa kedai lain yang turut menawarkan perkhidmatan geli-geli itu. 
Seorang pekerja yang berusia lewat 40-an melayan penuh mesra sambil memegang tangan dan bertanya sama ada mahu dibelai atau menggunting rambut. 
Ketika wartawan melangkah masuk ke kedai terbabit, beberapa pekerja asyik melayan pelanggan. 
Ketika itu, kelihatan beberapa pelanggan tanpa segan silu memeluk dan bergurau senda dengan pekerja di kedai itu. 
Sambil minum, pelanggan turut merangkul tubuh pekerja wanita yang berada dalam premis perniagaan itu. 
Berikut adalah perbualan wartawan dengan seorang pekerja wanita tempatan dikenali sebagai Lina yang sudah bekerja lebih tiga tahun di premis terbabit.  
LINA: Hai, you (awak) mau gunting rambut, cuci rambut dan cuci telinga ke? Atau mau manja-manja?
WARTAWAN: Saya mahu gunting dan cuci rambut saja.
LINA: Boleh duduk. You tak mahu manja sama urutkah? Murah saja, RM20 satu jam?
WARTAWAN: (mengambil tempat duduk yang disediakan) Saya mahu gunting rambut dulu. Manja banyak sedapkah?
LINA: Mestilah sedap, sekejap saja. Boleh pilih setengah jam atau satu jam? Manja dekat sofa belakang kasi you relaks dan rehat.
WARTAWAN: Ok la kalau macam tu.
LINA: Nasib baik you datang awal boleh relaks sikit. Biasa tengah hari macam ini orang ramai datang.
WARTAWAN: Ohhh ya ke? Orang datang buat apa?
LINA: Macam-macam la, ada mau manja.. ada suka peluk dan ada yang gunting rambut dan ada yang lepak minum-minum saja. 
sumber : mymetro
*** Anda sebagai pengguna yang bijak.... diharap bijak juga dalam mengatur langkah ...!!!

No comments:

Post a Comment