BERBAGAI-BAGAI pendedahan di buat di media maya terutama dan semuanya bermula di sini,disusuli oleh blogini dan ini tentang penyelewengan dan salah laku pimpinan tertinggi Biro Tata Negara (BTN) membabitkan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) namun sehingga ke hari ini tidak ada satu pun penafian bagi menjawab segala pembongkaran tersebut.
Kepimpinan BTN terus diserang.Maruah BTN terus dicarik-carik dan seorang facebooker yang menggelarkan dirinya Apa Sengeh Sengeh setiap hari tanpa henti dan tanpa rasa jemu membongkar satu persatu bukan sekadar yang didakwa beliau penyelewengan tetapi berserta dengan gambar-gambarnya sekali dan terlihatlah kelibat Ketua Pengarahnya Raja Arif masuk wall cuba mempertahankan dakwaan yang dibuat oleh facebooker tersebut dan juga ada kalangan pegawai-pegawai BTN ataupun mungkin Raja Arif sendiri memberikan komen dibeberapa buah blog yang mengutip pendedahan facebooker itu untuk mencari pencerahan daripada pihak BTN.
Raja Arif
Serangan serta pendedahan facebooker terhadap kepimpinan serta keterlibatan ABIM dalam BTN dilihat berterusan hingga mengheret Ketua Setiausaha Negara namun malangnya masih ada yang melihatnya sebagai satu isu picisan dan saya percaya jika tidak ada kenyataan khusus daripada pihak yang didedahkan,facebooker ini akan berterusan membongkar segala-gala yang berada di dalam dan luar BTN.
Tidak ada penafian khusus ataupun kenyataan tegas untuk menangkis serangan begini malah kenyataan bahawa orang-orang yang menyerang kerana gagal mendapar projek dari BTN bukan satu jawapan tetapi dilihat sebagai mahu lari dari membicarakan persoalan pokok yang dilontarkan oleh pengkritik-pengkritik ini.
Terlalu banyak yang didedahkan (rangkuman pendedahan) dan kalau kepimpinan tertinggi BTN ini berjiwa besar,berlapang dada dan mendukung prinsip berani kerana benar dan takut kerana salah,mereka boleh menggunakan medium yang sama bagi menjawab segala tuduhan yang memalukan dan boleh menjejaskan integriti pentadbiran PM Najib.
Beranikah mereka ini bersumpah bahawa apa yang didedahkan oleh facebooker dan bloger tidak pernah berlaku dalam BTN?Raja Arif perlu berani bersumpah bahawa beliau tidak pernah berkata baik dalam sedar ataupun tidak yang beliau tidak mempercayai viedo seks Anwar?Raja Arif harus berani menjelaskan bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya terutama sekali membabitkan penajaan tiket kapalterbang untuk Puteri UMNO Kuala Nerus,dituduh beliau tidak menghormati Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap BTN dan banyak lagi perkara-perkara negatif dituding kepada Raja Arif.
Haji Hanfi Harun,Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) harus berani menyanggah dan tidak membiarkan maruahnya dipersendakan dan menyatakan kebenaran ataupun sebaliknya untuk apa pertemuan beliau dengan Ustaz Aziz Abas,bekas calon PKR dan juga Penyelidik PAS pusat di Lata Belatan,Besut Terengganu itu bersama-sama dengan Rosli Abdullah?Susah sangatkah Haji Hanafi yang dilebelkan ustaz ini untuk menjawab seandainya segala itu fitnah terhadap beliau?
Hanafi juga dituding sebagai Koordinator Angkatan Belia Islam Malaysia dan sekarang ini menghidupkan program usrah di BTN dengan menjemput orang-orang ABIM sebagai penceramah dan kita melihat bila didedahkan oleh facebooker ini tentang keterlibatan orang-orang ABIM termasuklah memberikan peruntukan sebanyak RM73,000 kepada ABIM Sabah,BTN hari in seolah-olah mahu mnjadi ABIM ke 2.
Walaupun Hanafi ini dikatakan sombong,bongkak tetapi demi mempertahankan maruahnya serta maruah BTN beliau harus berani bersuara supaya pendedahan oleh facebook dan blog adalah fitnah semata-mata tetapi selagi berdiam diri maka kita akan menganggap segala pendedahan itu benar dan tidak ada yang tidak benar kecuali yang benar belaka.
Seandainya Hanafi juga terus memilih untuk berdiam diri,kita bimbang akan terdedah pula beberapa kenyatan beliau terhadap BTN sewaktu berusrah dengan kumpulan ABIM di waktu Tun Abdullah jadi Perdana Menteri dulu.
Seandainya Hanafi juga terus memilih untuk berdiam diri,kita bimbang akan terdedah pula beberapa kenyatan beliau terhadap BTN sewaktu berusrah dengan kumpulan ABIM di waktu Tun Abdullah jadi Perdana Menteri dulu.
Hanafi wajib menjawab betul atau atau tidak seperti yang didedahkan bahawa beliau mengarahkan semua pegawai BTN supaya tidak terlibat dalam PRU13 kerana katanya itu bukan kerja BTN. Apa pula kaitan Abu Nawas dengan Hanafi?
Begitu juga dengan Haji Mokhtar Sulaiman,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran),adakah beliau tidak ada keberanian untuk bersumpah dan menjelaskan bahawa segala pendedahan facebooker dan bloger terhadap beliau adalah fitnah semata-mata terutama tentang pemberian kontrak-kontrak BTN diberikan kepada kroni seperti yang disebut sebagai Anak Abah itu dan kalau Haji Mokhtar tidak berani,bersumpahlah Anak Abah bahawa suaminya tidak pernah mendapat kontrak dari BTN,suaminya tidak pernah berurus niaga dengan BTN.
SETERUSNYA..... di sini
No comments:
Post a Comment