Tuesday, 29 January 2013

APA DAH JADI DENGAN BTN....???



KEBIMBANGAN  Biro Tata Negara (BTN) diresapi budaya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),pertubuhan yang mendokong perjuangan Anwar Ibrahim dilihat makin menjadi kenyataan dan akhirnya orang-orang ABIM mula menguasai BTN ketika ini malah beberapa blog termasuklah laman sosial yang melaporkan sebelum ini bahawa BTN telah dijadikan alat untuk menggembalikan bekas-bekas pemimpin ABIM di arus perdana politik tanahair dengan memberikan tempat-tempat strategik kepada mereka dalam BTN mula membuktikan laporan-laporan sebelum ini adalah benar belaka.
 
Kalau sebelum ini didedahkan bagaimana BTN telah memberikan peruntukan sebanyak RM73,000 kepada ABIM Sabah kononnya untuk program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di lima buah sekolah rendah di Sabah,kini kepimpinan tertinggi BTN sedang membuat pengstrukturan semula bagi mewujudkan `post-post’ dengan Gred yang lebih tinggi daripada Pengarah-Pengarah Jabatan sedia ada dan difahamkan tempat-tempat ini akan diisikan oleh sebahagian besar oleh bekas-bekas ahli ataupun pemimpin ABIM.

Manakala Pengarah-Pengarah Negeri...... baca seterusnya di sini

No comments:

Post a Comment