Saturday, 26 January 2013

AKHIRNYA...... PHD EKONOMI PUN BERJAYA 'DIKELDAIKAN' MAZLAN ALIMAN................

mazlan bodohkan dr rosli

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) adalah sebuah persatuan atau NGO yang ditubuhkan oleh Mazlan Aliman yang juga seorang pemimpin PAS Johor semata-mata untuk memporak-perandakan Felda dan anak-anak syarikatnya.

Saya masih ingat dulu ketika di awal cadangan penyenaraian Felda di Bursa Malaysia melalui Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Mazlan Aliman lah yang menjadi “tukang karut” cuba menggagalkan usaha murni Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Kini, FGVH sudah tersenarai di Bursa Malaysia dan masyarakat Felda sama ada para peneroka, generasi kedua atau ketiga, sangat bangga dengan penyenaraian yang bersifat antarabangsa dan gah di mata dunia itu.

Mungkin Mazlan Aliman memang tak tahu tentang saham atau pelaburan, maka dia lantik seorang bekas kakitangan Bank Negara, Dr. Rosli Yaakop, sebagai “Punahsihat Ekonomi” ANAK.

Dr. Rosli pernah berkhidmat di Bank Negara selama 18 tahun, berasal dari Negeri Sembilan. Dia memiliki PHD di dalam bidang ekonomi yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara ketika berkhidmat di situ.

Selepas “pencen” dari Bank Negara, dia pernah bekerja di beberapa syarikat pelancongan dan perbankan seperti Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited dan Islamic Banking Scheme and Special Project di Abrar Discount Berhad.

Meneliti latar belakang Dr. Rosli, mungkin Mazlan Aliman mengharapkan agar “punahsihat” ekonomi ANAK ini akan “menyerang” pelaburan dan saham FGVH di Bursa Malaysia.

Malangnya,  Presiden ANAK itu tidak dapat membezakan di antara seorang ekonomis dengan pakar analisis pelaburan saham. Sebetulnya, melihat kepada pengalaman Dr. Rosli, dia merupakan seorang ekonomis dalam bidang perbankan dan BUKAN pelaburan saham, bukan?

Mungkin disebabkan itulah maka banyak “analisis-analisis” oleh Dr. Rosli jauh tersasar ramalannya sehingga memalukan dirinya yang memiliki ijazah kedoktoran!

Seperkara lagi, Dr. Rosli tidak mengikuti perkembangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dari awal dan mungkin disebabkan itulah maka dia dilihat bagaikan “burung kakak tua” yang diajar Mazlan Aliman untuk memburuk-burukkan FGVH.

Baru-baru ini Dr. Rosli cuba menakut-nakutkan para peneroka Felda bahawa kononnya mereka akan menanggung kerugian bayaran pinjaman bank apabila kadar faedah yang dikenakan lebih mahal daripada dividen yang diperoleh.

Dia juga menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kononnya terlalu tergesa-gesa menyenaraikan saham FGVH dalam keadaan ekonomi negara yang tidak bagus serta pasaran saham negara dan dunia tidak stabil.

Nampak sangat menipunya! Dan nampak sangat dia tak tahu fakta dan langsung tidak tahu apa yang dia katakan..!

Sebetulnya, saham-saham FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia ketika keadaan ekonomi negara di dalam keadaan paling kukuh meskipun dunia sedang mengalami ketidakstabilan ekonomi. Malah ia dilancarkan Indeks komposit Bursa Malaysia adalah ditahap paling tinggi sepanjang tahun 2012!

Untuk pengetahuan Dr. Rosli, Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan bahawa Felda akan menanggung semua kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank dan peneroka cuma perlu membayar harga sebenar bagi 800 unit saham sahaja.

Malah, fakta menunjukkan bahawa para peneroka juga diberikan kelonggaran untuk membayar secara ansuran sebanyak RM50 sebulan bagi menjelaskan harga saham tersebut! Begitu baik sekali layanan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada masyarakat Felda, bukan?

Jadi kalau Dr. Rosli “terlepas keretapi” dan “tak tahu, tapi buat macam tahu”, baik diamkan diri saja dan tidak bertindak bodoh “menyerbu tanpa memberi salam” terlebih dahulu. Bukan apa, nanti diri sendiri yang malu, kan?

Tak payahlah dengar sangat apa yang Mazlan Aliman “auta” kerana dia sendiri pun tak tahu dengan apa yang dia kata. Lagipun, masyarakat Felda memang gembira dengan segala kebajikan dan rezeki yang mereka terima dari Kerajaan BN. Takkanlah Dr. Rosli nak jadi “pencacai” Mazlan Aliman pula, kan?

No comments:

Post a Comment