Teman memang minat giler dengan kaktus. Pokoknya yang unik dan pelbagai bentuk dengan durinya yang halus membaluti bahagian luarnya membuatkan kaktus sesuai untuk dijadikan sebagai antara koleksi hiasan di halaman rumah anda.... lebih-lebih lagi jika masa anda agak terbatas untuk sentiasa membelai tanaman hiasan yang anda gemari kerana kaktus tidak perlukan rutin semua itu. Menjirusnya hanya 2 kali seminggu dan membajanya hanya setiap 6 bulan.... ada yang mengatakan kaktus memang sesuai untuk mereka yang 'malas'...!!!
Tidak dinafikan teman memang dah biasa sangat tercucuk duri kaktus. Bisanya sangat sakit sehingga boleh dirasakan 'sampai ke hati'. Tapi kata orang, kalau dah minat.... CINTA PUNYA PASAL, ada aku kesah! TETAPI teman masih dan sentiasa berdoa agar insiden seperti berikut tidak akan berlaku kepada teman dan juga penggemar-penggemar kaktus yang lainnya.... minta simpang!!!